Ekonomi

IPO Kucingko terlebih langganan 99.02 kali

KUALA LUMPUR, 16 JULAI 2024– Kucingko Berhad (“Kucingko” atau “Syarikat”), penyedia perkhidmatan pengeluaran animasi 2D yang mantap, mengumumkan tawaran awam permulaan (IPO)telah terlebih langgan sebanyak 99.02 kali.

Kucingko akan disenaraikan di Pasarqm ACE menerbitkan 100 juta saham biasa baharu (“Saham Terbitan”) dan tawaran untuk penjualan 100 juta saham biasa sedia ada (“Saham Tawaran”) (secara kolektif “Saham IPO”), yang mewakili agregat sebanyak 40 peratus daripada jumlah saham biasa Syarikat yang diperbesarkan.

Saham Kucingko itu ditawarkan menerusi 25 juta terbitan mewakili lima peratus saham biasa yang diperbesarkan, diperuntukkan untuk permohonan oleh orang awam Malaysia, dengan separuh daripada peruntukan ini dikhaskan untuk pelabur Bumiputera.

Manakala 10 juta saham mewakili dua peratus daripada jumlah saham biasa yang diperbesarkan, diperuntukkan untuk permohonan oleh pengarah yang layak, pengurusan kanan utama, pekerja dan syarikat bersekutu yang telah menyumbang kepada kejayaan Kucingko.

Sebanyak 165 juta saham terdiri daripada 65 juta Saham Terbitan dan 100 juta Saham Tawaran, mewakili 33 peratus daripada bilangan saham biasa yang diperbesarkan diperuntukkan melalui penempatan persendirian kepada pelabur terpilih.

Pengarah Eksekutif Kucingko Berhad, See Chin Joo berkata, pihaknya sangat teruja dengan sambutan luar biasa terhadap IPO Kucingko Berhad.

“Keghairahan ini menekankan keyakinan pasaran terhadap visi strategik dan masa depan Kucingko dalam industri animasi. Tahap sokongan pelabur yang tinggi ini mengukuhkan lagi keupayaan kami, dan cita-cita untuk meningkatkan perniagaan kami ke peringkat seterusnya, dan lebih penting lagi komitmen kami untuk mengubah setiap piksel—bahan asas animasi—menjadi naratif yang menguntungkan bagi para pemegang saham kami,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut katanya, syarikat menerima sejumlah 21,929 permohonan untuk 2,500,507,000 Saham Terbitan bernilai RM750.2 juta daripada orang awam Malaysia, mewakili kadar terlebih langganan sebanyak 99.02 kali.

Kategori Bumiputera menyaksikan 7,242 permohonan untuk 822,427,600 Saham Terbitan, dengan kadar terlebih langganan sebanyak 64.79 kali.

Kategori Awam merekodkan 14,687 permohonan untuk 1,678,079,400 Saham Terbitan, menunjukkan kadar terlebih langganan sebanyak 133.25 kali.

Sementara itu, 10 juta Saham Terbitan yang tersedia untuk permohonan oleh pengarah yang layak, pengurusan kanan utama, pekerja dan syarikat bersekutu yang telah menyumbang kepada kejayaan Kucingko telah dilanggan sepenuhnya.

Di bawah penempatan persendirian kepada pelabur institusi dan/atau terpilih yang dikenal pasti yang terdiri daripada 65 juta Saham Terbitan dan 100 juta Saham Tawaran, bahagian peletakan telah dilindungi sepenuhnya.

Pengarah Eksekutif, Ketua Perbankan Pelaburan Kumpulan dan Perbankan Islam Kenanga Investment Bank Berhad, Datuk Roslan Tik berkata kehadiran pelabur yang bersemangat untuk IPO Kucingko menyerlahkan keyakinan pasaran terhadap masa depan syarikat.

“Kami berbangga untuk menyokong Kucingko dalam perjalanan yang menarik ini dan yakin dengan kejayaannya yang berterusan,” katanya.

Kenanga Investment Bank Berhad ialah Penasihat Utama, Penaja, Penaja Jamin dan Ejen Penempatan untuk Kucingko Berhad.

Kucingko Berhad bersedia untuk disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Securities pada 26 Julai 2024.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button