NasionalNegeriPendidikan

IPITEx 2023: POLIMAS Jitra rangkul pingat emas, dua Anugerah Khas

Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS), berjaya merangkul dua pingat emas dalam Bangkok International Intellectual Property, Invention, Innovation And Technology Exposition (IPITEx 2023) – ‘Thailand Inventors’ Day 2023’ di Bangkok International Trade & Exhibition Centre (BITEC), Bangkok, Thailand baru-baru ini’.

Pasukan POLIMAS terdiri dari pensyarah Jabatan Kejuruteraan Awam memperoleh emas pertama melalui projek inovasi bertajuk, Smart Agua Pond.

Pembentangan telah dibuat oleh Noor Liza Ramli dan Mohd Mohd Nazly mengenai projek ini merupakan satu inovasi kolam pintar merangkumi sistem solar, mesin pemberi makanan ikan dan udang serta penapis air berkonsepkan hijau.

Pingat emas kedua pula diperoleh melalui Projek Inovasi Econic Waste Water Filter yang dibentangkan oleh Noor Liza Ramli, Zamri Ahmad Mokhtar, Sharina Abdul Latiff dan Nur Ashikin Lakman.

Related Articles

Projek ini inovasi serat batang pisang sebagai bahan utama yang digunakan dalam penapis air sisa yang dipasang dibawah sinki dapur bagi menyerap minyak dan lemak.

POLIMAS juga turut dipilih menerima dua Anugerah Khas dari negara Hong Kong dan juga dari National Research Council of Thailand bagi projek Econic Portable Water Dispencer dan Projek Biof P’ mas.

Projek Econic Portable Water Dispencer ni telah dihasilkan oleh Hayazi Hanafi, Hamizi Yahaya dan Noor Liza Ramli.

Projek Biof P’ mas ini pula merupakan projek yang direka oleh Noor Liza Ramli dan Dr Suhaini Mat Daud.

Ketua Pasukan POLIMAS, Noor Liza Ramli berkata, kemenangan ini menjadi bukti pensyarah POLIMAS mempunyai keupayaan dan kepakaran untuk menghasilkan inovasi terkini setanding dengan pensyarah dari universiti lain dari luar negara.

Disamping itu katanya, POLIMAS juga turut mendapat dua pingat perak dari projek inovasi Smart CM dan RDRAINB Trap.

Tambahnya, tujuh pingat gangsa pula diperoleh menerusi projek inovasi WDRAIN Trap, Biof P’mas,Savcon, Econic Potable Dispencer, P’Mas House, Smart Tourism Map Baling dan Flash Delineator.

Sementara itu, Pengarah POLIMAS, Kamaludin Daud berkata, “Kejayaan ini merupakan satu penghargaan dan pengiktirafan kepada POLIMAS kerana pensyarah politeknik mampu dan berdaya saing di dalam menghasilkan inovasi yang memberi impak besar.

IPITEx 2023 diadakan oleh National Research Council Of Thailand (NRCT) merupakan satu acara tahunan melibatkan inventor dari seluruh dunia.

Dalam pertandingan yang diadakan ini 469 projek inovasi dipertandingkan dari penyertaan 24 buah negara di dunia.

Pingat dan sijil berkenaan telah disampaikan oleh Dr  Wiparat De-ong Pengarah Eksekutif, National Research Council of Thailand. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button