Luar Negara

iPhone 16 tidak akan dijual selagi Apple tidak melabur di Indonesia

PASARAN keluaran iphone 16 di Indonesia menghadapi kelewatan akibat peraturan pelaburan dari Menteri  Perindustrian Indonesia, Agus Gumiwang Kartasasmita, mengumumkan bahawa penjualan iPhone 16 di negara itu ditangguhkan kerana Apple belum memenuhi komitmen pelaburan sebanyak Rp235 bilion. Pelaburan ini amat penting bagi membolehkan Apple mendapatkan Sijil Tingkat Komponen Dalam Negeri (TKDN), yang diperlukan untuk menjual iPhone 16 di pasaran Indonesia.

Difahamkan bahawa sijil TKDN milik Apple telah tamat tempoh, dan proses pembaharuan bergantung kepada pemenuhan komitmen pelaburan oleh syarikat tersebut. Agus menyatakan, “Realisasi pelaburan Apple hanya mencapai Rp1.48 trilion, jauh di bawah komitmen seharusnya sebanyak Rp1.71 trilion,” semasa Mesyuarat Pasukan P3DN Kebangsaan di Kempinski Grand Ballroom Jakarta pada Selasa.

Kekurangan ini menyebabkan proses pensijilan terhenti. Agus menambah, setelah Apple memenuhi komitmennya, syarikat itu akan layak mendapatkan nilai TKDN sebanyak 40 peratus, membolehkan mereka membawa iPhone 16 dan produk rangkaian mudah alih lain ke Indonesia.

Mengikut peraturan Indonesia—khususnya Peraturan Kementerian Perindustrian Nombor 29 Tahun 2017—sijil TKDN menggunakan tiga skema pelaburan: pengeluaran produk dalam negara, pembangunan aplikasi tempatan, atau penciptaan produk inovatif dalam negara. Apple dilaporkan sedang mengejar skema pembangunan inovasi.

Walaupun pasaran Indonesia menghadapi kelewatan akibat regulasi pelaburan yang ketat, Malaysia mendapat manfaat daripada aliran produk teknologi yang lebih lancar. Situasi ini memberikan peluang besar kepada Malaysia untuk menarik minat pengguna teknologi Indonesia yang tidak sabar-sabar untuk mendapatkan model iPhone terbaharu sebelum ia dilancarkan secara rasmi di negara mereka.

Artikle Berkaitan :>

iPhone 15 mengalami gangguan sistem

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button