Berita

Inisiatif terbaru SPNB pasang solar di Rumah Mesra Rakyat untuk kurangkan kos kepada penduduk

MELIHAT kesan pemanasan global semakin meningkat di Malaysia pihak SPNB mengambil inisiatif pertama dengan pemasangan solar panel kepada pemilik Rumah Mesra Rakyat RMR di seluruh negara.

Ia juga merupakan inisiatif daripada Unit Teknologi Hijau SPNB (UTHS) bagi mengurangkan kebergantungan kepada tenaga konvensional serta menurunkan jejak karbon kepada bumi hijau.

Menurut Pengurusi SPNB, Datuk Husam Bin Musa, dengan pemasangan panel ini boleh kurangkan kos kepada masyarakat setempat.

‘’Yang pertama dunia sekarang menghadapi pemasangan global, pada bulan Jun tahun ini suhu dunia yang tertinggi dalam rekod di bawah SPNB kita banyak perumahan Mesra Rakyat, inisiatif percubaan ini kita dapati bahawa kos bumbung boleh ditukar kepada pemasangan bumbung solar, ada 2 dalam 1, yang pertama bumbung dan kedua boleh mengeluarkan electricity untuk penduduk dan tuan punya rumah

‘’Dan kita juga melihat negara meningkat naik tarif elektrikcity sedikit sebanyak ia membebankan penduduk-penduduk, dengan adanya solar panel ini bumbung dipasang sekali untuk menyumbang kepada kos hidup rakyat jelata yang menjadi milik rumah mesra rakyat di seluruh negara dan dalam masa yang boleh jimatkan kos pembinaan’’ katanya ketika ditemui oleh Suara Merdeka.

Projek solar ini mengguna pakai panel sistem fotovolta suria (Solar Photovoltaic System) selari dengan Dasar Teknologi Hijau Negara dalam mengintergrasikan teknologi tenaga boleh diperbaharui (Renewable Energy) yakni tenaga yang dihasilkan dari sumber yang boleh dijana semula seperti tenaga solar.

Selari dengan visi UTHS dalam menyediakan teknologi hijau kepada golongan sasaran iaitu B40 bagi membantu menurunkan kos bil elektrik kepada pemohon / pemilik RMR selain dapat meningkatkan kualiti, taraf hidup serta menjaga keseimbangan alam sekitar.

SPNB telah memilih Syarikat Teraju Lima Sdn. Bhd. sebagai penyedia Perkhidmatan SolarPV yang berdaftar (RVSP) dibawah Sustainable Energy Development Authority (SEDA Malaysia) untuk bekerjasama melaksanakan projek perintis solar ini.

la bertepatan dengan hasrat kerajaan MADANI untuk meningkatkan kelestarian dan kesejahteraan rakyat melalui penggunaan teknologi hijau. Bagi menghargai usaha ini, Syarikat Teraju Lima juga berbesar hati menyumbang dua (2) set lampu limpah solar 200W kepada pemilik RMR.

Semenjak RMR diperkenalkan pada tahun 2002 sehingga 31 Julai 2024, SPNB telah berjaya membina sebanyak 70,000 unit RMR di seluruh negara.

Artikle Berkaitan :>

Pembinaan sistematik tingkat jumlah penyiapan rumah mesra rakyat

 

 

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button