Nasional

Ingkar lagi PKP: 230 ditahan semalam

AKIBAT ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam, 230 individu ditahan, daripada jumlah itu, 13 direman manakala 215 dikenakan kompaun kerana terlibat dalam aktiviti kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal atau penjarakan sosial.

wajib
ISMAIL SABRI YAAKOB

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesemua mereka ditahan semalam.

Katanya lagi, polis juga telah membuat 65 sekatan jalan raya dan memeriksa 27,200 kenderaan bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Selain itu, polis turut menahan dua individu atas kesalahan imigresen, katanya dalam kenyataan berkaitan dengan perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

PKPP yang dikuatkuasakan telah masuk hari ke-63, hari ini.

Menerusi kenyataan yang sama, Ismail Sabri berkata, mengenai kuarantin wajib, seramai 9,498 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa sejak 24 Julai lepas sehingga semalam telah ditempatkan di 58 hotel dan lima Institut Latihan Awam (ILA).

“Daripada jumlah itu, seramai 20 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan dan 1,896 pula telah didiscaj.

“Mereka telah pulang ke 31 negara asal antaranya, Filipina, Thailand, Indonesia, Kemboja, Singapura, Vietnam, Brunei, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jepun, dan Iran,” jelas beliau.

Ismail Sabri memberitahu, polis  telah memeriksa 1,445 individu yang sedang menjalani kuarantin wajib di rumah semalam dan sembilan daripadanya diambil tindakan kerana gagal patuh prosedur operasi standard (SOP).

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membuat pemantauan harian ke atas 12 jenis bekalan barangan di 757 premis perniagaan, termasuk peruncit (562), pemborong (166) dan pengilang (29).

“Pegawai penguatkuasa KPDNHEP juga telah melakukan 1,731 pemeriksaan khas Pematuhan SOP PKPP dan mendapati 1,684 premis mematuhi SOP, 44 premis diberi nasihat kerana tidak patuh SOP dan tiga premis pula diberi amaran kerana tidak patuh SOP,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button