Info terkini air di IPD Klang Utara naik
LAGI perkongsian di grup-grup WhatsApp yang diterima juga oleh pihak SUARA MERDEKA dan dilaporkan, jalan ditutup kerana dinaiki air di keseluruhan IPD Klang Utara, Selangor.
Akibat hujan lebat berterusan dan longkang tersumbat, beberapa jalan di kawasan IPD Klang Utara dinaiki air antaranya:-
Lokasi:
A – JALAN DITUTUP
1) Susur Keluar dari Jln Shapadu(Selepas Tol 60 sen) menghala ke Jln Meru
– Kedalaman air 1.2 meter
– Laluan dilencongkan ke JLn atu Belah
2) Batu 5 Jalan Meru – Klang
– Kedalaman 1.2 meter
3) Km 10.4 – 12.0 Lebuhraya
– kedalaman 1.3 meter
– Laluan dilencongkan ke Jalan Kapar
4) Kedua Susur masuk dan keluar dari Highway Shapadu ke Jalan Hj sirat
– Kedalaman air 1.3 meter
– Laluan dilencongkan ke Jalan Kapar
5) Batu 4 Jalan Kapar (Persimpangan Jln Kapar – Hj Sirat)
– Kedalaman 1 meter
– Dilencongkan ke Laluan sebelah (Contra Flow)
B JALAN DINAIKI AIR
1) Jalan Sg Kapar Indah
– kedalaman 2 kaki
– Hanya Kenderaan berat/ 4×4 boleh lalui
2) Batu 8 Jalan Kapar menghala ke Klang
– Kedalaman satu kaki setengah
3) Persiaran Hamzah Alang/WCE
– kedalaman 2 kaki setengah
4) Persiaran Hamzah Alang / Jalan Hj Abd Manan 1
– Kedalaman sekaki setengah
5) Persiaran Hamzah Alang / Jalan Limau
– Kedalaman 2 Kaki
6) Jalan Hj Abd Manan 1/ Hadapan Kilang maxter
– Kedalaman 2 kaki
7) Persiaran Hamzah Alang /Pekan Meru
– Kedalaman 2 Kaki
8) Lampu Isyarat Jalan Meru/Jalan Hj Salleh
– kedalaman sekaki setengah berarus deras
9) Jalan Hj Abdul Manan / Klang sentral
– Kedalaman 2 Kaki
10) Susur Setia Alam – Klang
– Kedalaman 2 kaki
Tindakan:
Anggota Trafik Klang Utara membuat kawalan lalulintas di lokasi yg mengalami kesesakkan akibat laluan yang dinaiki air.
Pihak DCC IPD Klang Utara telah dimaklumkan.
Pihak GrandSepadu turut beri bantuan menangani masalah kenderaan yang tersangkut dikawasan yang terlibat banjir. – SM