Ekonomi

Inflasi keseluruhan dan inflasi teras menurun

PADA suku keempat tahun 2024, inflasi keseluruhan menurun sedikit kepada 1.8% (S3 2024: 1.9%).

Bank Negara dalam kenyataan berkata, perkhidmatan komunikasi mudah alih dan petrol RON97 mencatatkan inflasi yang lebih rendah, yang sebahagiannya diimbangi oleh inflasi yang lebih tinggi dalam item berkaitan makanan lain, terutamanya sayur-sayuran segar serta ikan dan makanan laut.

Inflasi teras lebih rendah pada 1.7% (S3 2024: 1.9%), sebahagian besarnya didorong oleh pengurangan inflasi bagi perkhidmatan komunikasi mudah alih yang menurun sebanyak 10.0% (S3 2024: 0.0%).

Rebakan inflasi kekal sederhana. Bahagian item Indeks Harga Pengguna (IHP) yang mencatatkan kenaikan harga bulanan kekal di bawah purata jangka panjang pada 39.8% (S3 2024: 38.9%; S4 2011-2019: 41.7%).

Bagi keseluruhan tahun 2024, inflasi keseluruhan dan inflasi teras menurun kepada 1.8% (2023: masing-masing 2.5% dan 3.0%). – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button