
Iftar berkonsepkan ‘Ramadhan Extravaganza’ di TAMU Hotel
RAMADHAN adalah bulan yang mengajar kita erti kesabaran, kesederhanaan, dan kesaksamaan. Ia juga menjadi kesempatan untuk saling bermaafan, mengeratkan silaturahim, serta memperbanyakkan ibadah dan amal kebajikan. Bersama keluarga dan rakan-rakan, kita dapat menikmati juadah berbuka puasa dalam suasana penuh kemesraan.
TAMU Hotel & Suites Kuala Lumpur dengan bangganya mempersembahkan Bufet Ramadan bertemakan Ramadhan Extravaganza, yang berlangsung dari 2 Mac hingga 30 Mac 2025. Bertempat di restoran ikonik, Suasana@27 di aras 27, para tetamu akan dihidangkan dengan lebih daripada 172 pilihan menu istimewa.
Menurut Chef Eksekutif, Azizul Bin Mohd Noor, tahun ini menyaksikan pemeliharaan menu Masakan Warisan Tradisi Melayu yang sentiasa mendapat sambutan hangat. Antara hidangan utama yang menjadi kegemaran ramai termasuk Nasi Kambing Tagine Dulang Besar, Sup Gear Box, dan Gulai Daging Batang Pisang. Sebagai tambahan, pengunjung turut berpeluang menikmati menu baharu seperti Sup Kepala Ikan, di samping seleksi masakan antarabangsa yang pasti memikat selera.
Bufet ini menampilkan 16 gerai dengan pelbagai pilihan sajian unik. Antara menu yang disediakan ialah:
Hidangan utama:
- Ayam Rendang Pedas
- Patin Gulai Tempoyak
- Kari Sotong Ala Utara
- Stir-Fried Chili Prawn
- Daging Salai Masak Lemak
- Paru Goreng Sambal Bawang
- Pajeri Nenas Ala Kampung
- Masakan Lemak Putih Pucuk Ubi bersama Keledek
Gerai istimewa:
- Laksa Penang
- Rojak Pasembur
- Satay Ayam & Daging
- Murtabak & Roti John
- Western Corner (Pasta, Pizza, Chicken Shawarma, Roasted Whole Lamb)
- Ikan Bakar
- Mee Goreng Mamak
- Gerai Donut dengan pilihan Cinnamon Sugar, Chocolate, White Chocolate, dan Strawberry Donut
Pencuci mulut & minuman:
- 10 pilihan Kuih Melayu
- Pulut Mangga & Pulut Durian
- Pavlova, Cheese Cake, Swiss Roll, Mille Feuille
- Gerai Biskut Balang (6 jenis biskut kampung)
- Gerai ABC, Cendol & Ais Krim
- Gerai Air Balang, Teh Tarik & Kopi Kampung
Bagi mereka yang inginkan pengalaman lebih eksklusif, tempahan boleh dibuat di TAMU Sky Lounge di aras 40 atau Sky View di aras 42. Nikmati keistimewaan Daging Wagyu Halal yang lembut dan berjus sambil menghayati panorama indah Kuala Lumpur.
Harga & Tempahan
Baucar awal Ramadan kini dibuka untuk tempahan pada harga RM99+ seorang sehingga minggu pertama Ramadan. Bagi kunjungan tanpa tempahan dari 2 Mac hingga 30 Mac 2025, harga adalah RM169+ seorang.
Harga Bufet Ramadan:
- Dewasa: RM169+
- Warga emas (60 tahun ke atas): RM75+
- Kanak-kanak (6-12 tahun): RM70+
Untuk tempahan dan pembelian baucar, sila hubungi Restoran Suasana@27 di talian +603 2603 1999 atau WhatsApp ke +6019 303 9360.
TAMU Hotel & Suites Kuala Lumpur juga menawarkan pakej penginapan istimewa sepanjang Ramadan. Dengan hanya RM160+ untuk dua hari satu malam (2H1M), tetamu akan menikmati sahur percuma untuk dua orang serta diskaun 20% untuk bufet Ramadhan Extravaganza.
Terletak berdekatan Masjid Jamek Kampung Baru, hotel ini menyediakan kemudahan selesa untuk solat Tarawih, Tadarus, dan Qiamullail. Kami mengalu-alukan kehadiran anda bersama keluarga dan rakan-rakan untuk menikmati hidangan berbuka puasa serta menjalani ibadah dengan penuh ketenangan di TAMU Hotel & Suites Kuala Lumpur.
Jangan lepaskan peluang ini – tempah sekarang sebelum tempa