Hubungan dua hala, ekonomi Malaysia-Filipina terus diperkukuhkan-PM Anwar
PERDANA Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, hubungan dua hala di antara Malaysia dan Filipina terus diperkukuhkan.
Anwar berkata, industri halal berpotensi untuk memasuki pasaran di negara jiran selain daripada pasaran Timur Tengah.
“Kita memperkukuhkan lagi persefahaman dan kerjasama di antara Malaysia dan Filipina selain daripada menyentuh isu Myanmar.
“Banyak lagi memorandum persefahaman yang akan ditandatangani di antara Malaysia-Filipina,” katanya.
Perdana Menteri Anwar berkata demikian pada sidang media bersama Presiden Filipina, Ferdinand R Marcos Jr, hari ini.
Presiden Marcos Jr membuat lawatan kerja selama tiga hari dan terdahulu, beliau telah mendapat perkenan bertemu Yang Dipertuan Agong.
Sementara itu Presiden Marcos Jr berkata, Filipina akan memperkukuhkan lagi ikatan ekonomi dengan Malaysia.
“Ketika bertemu dengan Yang Dipertuan Agong pagi tadi, turut disentuh hubungan multilateral termasuk komodi dan persahabatan, “ kata Presiden Marcos Jr.
Beliau berkata, pada Mac lalu, Perdana Menteri Anwar ada membuat lawatan ke Filipina.
“Filipina dan Malaysia akan terus mengadakan rundingan dan mesyuarat pada Oktober nanti.
“Agensi kerajaan boleh bincang prioriti, kerjasama, pertanian, industry halal, perbankan Islami, sukan serta ekonomi digital,” katanya.
Katanya lagi, perjanjian persefahaman juga akan ditandatangani.
Presiden Marcos Jr turut menyentuh tentang Selatan Filipina yang mana industri halal, food security dan perbankan Islam boleh dilakukan di situ dengan bantuan daripada Malaysia.
“Untuk mengembangkan lagi perdagangan, Malaysia dialu-alukan untuk menghantar pegawai membantu melatih pegawai Filipina,” ujarnya.
Presiden Marcos Jr berkata, kerjasama serantau boleh mengembangkan lagi eko-sistem halal di Filipina.
“Kita bersetuju untuk memperkukuhkan hubungan multilateral dengan mempromosikan hubungan dua hala atau bilateral bukan sahaja dengan Malaysia tetapi juga dengan negara-negara rakan rantau Asia Tenggara dan ASEAN,” katanya.