Politik

Hishammuddin: Hentikan retorik, fokus kestabilan

DARIPADA hanya beretorik, ahli politik harus fokus pada usaha menuju kestabilan politik, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Ketua dan Ahli Parlimen UMNO Bahagian Sembrong itu berkata, semua pihak harus fokus pada arah yang sama.

“Masih terlalu awal bagi kita untuk menentukan bila pilihan raya akan diadakan kerana hanya Perdana Menteri saja yang dapat melakukannya,” katanya ketika ditemui selepas amanat Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Perhimpunan Agung UMNO hari ini.

“Sekiranya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan bertanding di setiap kerusi parlimen dan jika UMNO dan Pas melakukan perkara yang sama, apa yang akan terjadi dengan semangat perpaduan, solidariti dan kestabilan ketika kita mendekati pilihan raya?” Tanya beliau.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga presiden Bersatu, semalam berkata, Bersatu sedia berhadapan dengan UMNO termasuk meletakkan calon di semua kerusi.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button