Nasional

Hasil penyelidikan MARDI Durian D190 lebih sedap dari Blackthorn

MUSIM durian telah tiba, khususnya bagi rakyat Malaysia tidak akan ketinggalan menikmati durian di kala musim sedang tiba, pelbagai jenis durian yang dipasarkan, antara yang mendapat sambutan sudah tentu Musang King dan terbaru Blackthorn antara durian yang paling mahal sekali.

Kini MARDI Kuala Kangsar memperkenalkan durian MDUR 88 (D190) rasa lebih premium dari Blackthorn ia merupakan hasil penyelidikan dari MARDI.

Kreadit : Pusat komunikasi korporat

Perkara itu diakui oleh Kerja Timbalan Menteri Pertanian dan keterjaminan Makanan YB Datuk Arthur Joseph Kurup dalam lawatan kerjanya semalam di MARDI Kuala Kangsar.

‘’MDUR 88 lebih sedap berbanding blackthorn, berlemak seperti ais krim, jujur paling sedap pernah saya rasa,” katanya dalam sidang media yang turut menikmati pelbagai jenis durian di situ.

MARDI Kuala Kangsar yang dikenali dengan nama Duriotourism ini mengetengahkan lima konsep iaitu teknologi, inovasi, Pemuliharaan, pendidikan dan rekreasi (TICER) yang mana antara salah satu objektifnya adalah memindahkan teknologi durian MARDI kepada orang ramai yang mengunjungi Taman Agro ini.

Pakej Duriotourism yang dilaksanakan mengikut musim durian ini memberi pengalaman kepada pengunjung untuk membuat lawatan ke ladang durian sebenar dengan menaiki tram dengan diiringi jurupandu yang berpengalaman luas dalam penanaman dan varieti durian.

Pengunjung juga akan di bawa ke plot buah-buahan untuk merasai suasana serta menikmati buah-buahan terus dari ladang. MARDI Kuala Kangsar telah diisytiharkan sebagai salah satu destinasi pelancongan dan dikenali Durio Tourism yang merupakan sebuah pusat pelancongan yang berasaskan durian dan buah-buahan tropika serta bertemakan dusun village.

Kreadit : Pusat komunikasi korporat

Terdapat lebih daripada 20 jenis durian klon dan kampung ditanam di sini. Pengunjung akan menikmati kelainan rasa durian bila berkunjung ke sini.

Diantara durian yang ada di sini seperti durian hibrid MARDI iaitu MDUR 78 (D188), MDUR 78 (D189) dan MDUR 88 (D190) berpotensi tinggi dan sering mendapat permintaan yang tinggi daripada pengunjung dan penanam durian di seluruh Negara.

Bersempena dengan lawatan ini, YB Datuk Arthur turut diberikan penerangan mengenai teknologi pengendalian lepas tuai durian segar. Buah bermusim seperti durian memerlukan teknologi untuk memelihara dan memanjangkan jangka hayat semasa penyimpanan dan pemasaran.

Jangka hayat durian yang matang gugur, terutamanya klon premium Musang King (D197) adalah sangat pendek (1-2 hari) jika disimpan pada suhu persekitaran. Majlis turut di hadiri oleh YBrs Dr Azman bin Ismail, Pengerusi MARDI dan YBhg Dato’ Dr Mohamad Zabawi bin Abdul Ghani, Ketua Pengarah MARDI.

Artikle Berkaitan :>

MARDI mahu kerajaan bantu tingkat promosi penggunaan santan kelapa

Tanam durian pada skala besar untuk pasaran China – Mohamad Sabu

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button