Nasional

Harga pelitup muka tiga lapis serendah RM1 seunit

BARANG keperluan tidak boleh dijual di luar kemampuan kerana kuasa pembeli hari ini semakin kecil. Dalam menjalani normal baharu gara-gara wabak Covid-19, salah satu prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi apabila melangkah keluar dari rumah ialah memakai face mask atau pelitup muka.

Sama ada face mask itu canggih, berfesyen dengan menggunakan material untuk dijadikan trendy, mengikut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), face mask yang digunakan oleh seseorang itu biarlah bersih, tidak diguna berulang-ulang kali.

Ada yang mungkin dalam kalangan kita tidak mampu untuk membeli face mask jika harganya melambung.

Hari ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah bersetuju untuk menurunkan harga siling face mask tiga lapis kepada RM1 seunit.

Datuk Alexander Nanta Linggi

Menterinya, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, KPDNHEP bersedia untuk menurunkan lagi harga siling face mask dari semasa ke semasa.

Ini sejajar dengan arahan kerajaan mewajibkan semua orang memakai face mask apabila berada di tempat awam yang berkuat kuasa sejak 1 Ogos lalu.

Sehubungan itu, kata Alexander,  bagi mengurangkan bebanan orang ramai yang mungkin tidak mampu untuk membeli face mask, maka harga runcit dikurangkan mengikut kesesuaian masa.

“Saya ingin memaklumkan harga tiga lapis pelitup muka akan diturunkan lagi kepada RM1 seunit di peringkat runcit.

“Maknanya, harga seunit jatuh pada 95 sen di peringkat borong. Dengan adanya usaha sebegini diharapkan dapat membantu mengurangkan beban orang ramai dan ibu bapa dalam menyediakan pelitup muka buat anak-anak,” katanya.

Beliau juga berkata, pihak kementerian bersedia untuk menurunkan lagi harga siling ke paras yang lebih rendah dari semasa ke semasa.

“Langkah ini akan dilakukan secara berterusan. RM1 satu unit tidak akan berakhir di situ sahaja kerana kita akan tengok dan kaji lagi bersama pemegang taruh,” katanya semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Chong Chieng Jen (PH-Stampin) mengenai rasional kementerian meningkatkan harga maksimum pelitup muka tiga lapis daripada 80 sen seunit kepada RM1.50 seunit.

Susulan arahan kerajaan mewajibkan pemakaian face mask, permintaan di pasaran meningkat menyebabkan pengeluaran terpaksa ditingkatkan, sekali gus memberi kesan kepada penurunan harga. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button