Lifestyle

Hanya Beli Wiper, Terus Dapat Kereta RM112K!

SIAPA sangka hanya dengan membeli wiper Trapo, seorang pegawai korporat, Razlan Rahim, berjaya membawa pulang sebuah kereta BYD Dolphin serta pelbagai produk Trapo bernilai kira-kira RM112,000.

Razlan meraih kemenangan selepas berjaya meneka berat balang dengan tepat dalam pertandingan yang dianjurkan oleh Trapo.

Menurut Razlan, beliau membelanjakan RM4,027.40 untuk membeli wiper dan pelbagai produk Trapo bagi menaik taraf keretanya, tanpa menyangka bahawa pembelian tersebut akan membawa rezeki yang luar biasa.

“Saya sangat teruja dan sukar mempercayai bahawa saya adalah pemenangnya. Pertandingan ini bukan sahaja memberi saya peluang untuk memiliki sebuah kereta baharu, tetapi juga pengalaman yang tidak akan saya lupakan. Terima kasih Trapo kerana menghargai pelanggan seperti kami,” katanya.

Proses Pemilihan Pemenang

Pemenang pertandingan ini dipilih melalui dua peringkat saringan, melibatkan platform luar talian dan dalam talian. Seramai 10 finalis disenarai pendek melalui sistem cabutan berformula pihak ketiga.

Finalis kemudian menyertai permainan meneka berat, di mana mereka perlu menganggarkan berat sebuah balang yang diisi dengan kepingan karpet kereta EVA Trapo. Peserta dengan tekaan paling hampir dinobatkan sebagai pemenang utama.

Trapo Hargai Sokongan Pelanggan

Ketua Pegawai Eksekutif Trapo, Tzong Lee, berkata pemberian hadiah berupa kereta BYD Dolphin ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia Trapo.

**“Pertandingan ini adalah cara kami memberi kembali kepada pelanggan yang selama ini menyokong kami. Kami ingin meraikan kesetiaan mereka dengan menawarkan hadiah yang luar biasa.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen kami dalam menyediakan penyelesaian automotif berkualiti tinggi sambil mengukuhkan hubungan dengan komuniti pelanggan,”** ujarnya.

Tambah beliau, sebagai pengeluar aksesori kereta buatan tempatan pertama di Malaysia, Trapo berbangga dengan pencapaian ini dan berhasrat untuk menganjurkan lebih banyak inisiatif serupa pada masa hadapan bagi memberi lebih banyak peluang kepada pelanggan mereka.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button