Berita

Guna logo LHDN tanpa kebenaran akan didakwa di bawah Akta 414

LEMBAGA Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah membuat satu kenyataan semalam, bahawa agensi pentadbir cukai itu tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang menggunakan logo LHDN tanpa kebenaran.

Perbuatan menggunakan logo tanpa kebenaran adalah satu kesalahan dibawah Bahagian 1, Jadual 1, Akta Lambang Dan Nama ( Mencegah Penggunaan Tak Wajar) 1963 ( Akta 414 ).

Pihak LHDN memandang serius perkara tersebut dan tidak akan teragak – agak untuk mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada.

Agensi tersebut tidak akan bertolak ansur terhadap pihak yang menyalahgunakan logo atau sebarang rujukan kepada LHDN dengan tujuan pemasaran , pengiklanan atau tujuan lain disemua platform media atau penerbitan video dan apa-apa saja bagi tujuan promosi tanpa kebenaran agensi tersebut.

Menurut agensi itu lagi, tiada rujukan logo LHDN boleh dilakukan tanpa kebenaran. Sebelum ini agensi tersebut pernah memaklumkan kepada orang ramai mengenai sindiket penipuan yang menggunakan nama dan logo LHDN dimedia serta infografi.

Sehubungan dengan itu, orang ramai juga dingatkan agar sentiasa berhati-hati dan mengelak dari menjadi mangsa penipuan pihak yang menyalahgunakan logo LHDN.

Artikle Berkaitan :>

Punca tak dapat eMadani kerana tidak buat e-Filing di LHDN

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button