Gempa bumi kuat berukuran 7.0 pada skala Richter berlaku di Selatan Sumatera, Indonesia pada pukul 6.29 pagi tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berlaku pada kedudukan 131 kilometer barat daya dari Bengkulu, Indonesia dengan kedalaman 84 kilometer.
Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu.
Semalam, gempa bumi kuat berukuran 6.6 pada skala Richter berlaku di Samar, Filipina pada pukul 8.03 pagi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berlaku di kedudukan 51 kilometer barat dari Calbayog City, Filipina dengan kedalaman 10 kilometer. – BERNAMA – SM