Gelembung Langkawi dilancarkan
TIDAK lama lagi pelancong asing dapat menikmati keindahan laut, pasir dan sinar matahari Langkawi ketika Malaysia menguji pembukaan semula sempadannya dengan tahap endemik Covid-19 yang semakin hampir.
Mengumumkan inisiatif gelembung pelancongan antarabangsa berkuatkuasa pada 15 November, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pekerja asing juga akan dibenarkan masuk ke negara ini bermula dengan pekerja asing bagi sektor perladangan.
Menurut Ismail Sabri, senarai prosedur operasi standard (SOP) untuk pelancong antarabangsa dan pekerja asing yang memasuki Malaysia telah diluluskan oleh jawatankuasa khas pengurusan wabak Covid-19.
“Projek perintis akan dilaksanakan selama tiga bulan bagi membolehkan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara menilai keberkesanan inisiatif ini sebelum dapat dilaksanakan di pulau-pulau dan destinasi pelancongan lain,” katanya.
Kumpulan sasaran bagi inisiatif gelembung pelancongan antarabangsa adalah pelancong yang berbelanja tinggi dan telah lengkap vaksin sepenuhnya dari negara-negara di bawah Jabatan Imigresen dan senarai yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan dan Luar.
Pelancong perlu tinggal di Langkawi sekurang-kurangnya tiga hari dengan keputusan RT-PCR Covid-19 negatif 72 jam sebelum berlepas.
Selain itu, mereka juga perlu mempunyai perlindungan insurans sekurang-kurangnya AS$80,00 (RM332,032) dan perlu memuat turun dan mendaftar aplikasi MySejahtera.
Pelancong asing yang tiba melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) perlu menjalani ujian molekul pantas manakala pelancong yang terbang terus ke Langkawi perlu menjalani ujian RT-PCR pada hari kedua.
Pelancong asing yang tinggal selama tiga hari sahaja yang boleh menggunakan swab test hari kedua mereka untuk berlepas dari Malaysia manakala mereka yang datang lebih daripada lima hari akan menjalani ujian pada hari kelima. Semua kos akan ditanggung oleh pelancong.
Mengenai pekerja asing, Ismail Sabri berkata mesyuarat itu telah meluluskan SOP yang dibentangkan oleh Kementerian Sumber Manusia terutamanya untuk memenuhi keperluan pekerja bagi sektor perladangan.
Walaubagaimanapun, beliau tidak menyatakan bila sektor perladangan boleh mula mengambil pekerja asing.
“Bagi sektor lain, kuota dan bila pekerja asing akan diizinkan masuk ke negara ini akan tertakluk kepada keputusan oleh Jawatankuasa Pekerja Asing yang dipengerusi bersama ileh Menteri Dalam Negeri dan Sumber Manusia,” kata Perdana Menteri.
Syarat-syarat yang disenaraikan sebelum pekerja asing masuk ke negara ini, mereka harus diberikan vaksin sepenuhnya, memiliki sijil vaksinasi dan menjalani ujian RT-PCR 72 jam sebelum meninggalkan negara asal.
Mereka hanya boleh masuk melalui KLIA dan KLIA 2, kecuali pekerja asing dari Thailand yang bekerja sebagai kru kapal yang boleh masuk melalui Bukit Kayu Hitam, Wang Kelian, Betong dan Rantau Panjang.
Mereka akan menjalani kuarantin selama tujuh hari dan mereka yang didapati positif akan diasingkan di pusat kuarantin berisiko rendah sementara yang berada dalam kategori tiga, empat dan lima akan dirujuk ke hospital swasta.
Setelah selesai kuarantin dan mereka disahkan negatif, mereka akan dihantar ke majikan mereka.
“Kejayaan membawa negara keluar daripada wabak itu tidak semata-mata bergantung inisiatif dan strategi kerajaan.
“Sebenarnya, ia sangat bergantung pada tahap pematuhan SOP di kalangan masyarat. Jadi sila teruskan ikut SOP dengan memakai topeng muka, amalkan penjarakan fizikal dan sentiasa jaga kebersihan dan keselamatan diri,” kata Ismail Sabri. – SM