Sukan

Ganjaran lumayan menanti penerima pingat Olimpik Tokyo 2020

Oleh Osman Lisut
[email protected]

Kejayaan pelumba kierin, Datuk Azizulhasni Awang dan pasangan beregu badminton negara, Aaron Chia/Soh Wooi Yik meraih pingat pada temasya Olimpik Tokyo 2020 yang berakhir hari ini, nyata menjadi inspirasi buat rakyat Malaysia.

Penjelajah Grand Slam yang juga Atlit Sukan Lasak Negara, Datuk Muhamad Muqharbbin Mokhtarudin berkata, dengan kejayaan Azizulhasni memenangi perak dan pasangan badminton meraih gangsa itu, beliau percaya atlet Malaysia mampu merangkul Emas pada Sukan Olimpik Paris 2024 nanti.

“Anda bertiga menyatukan rakyat Malaysia semua dan saya amat berbangga serta terharu dengan pencapaian yang ditunjukkan. Tahniah saya ucapkan.

“Sebagai penghargaan, saya secara peribadi menyumbangkan wang tunai RM15,000 buat Azizulhasni, manakala pasangan Aaron Chia/Wooi Yik bakal menerima RM 10,000.00,” katanya ketika dihubungi hari ini,

Related Articles
Muqharabbin

Terdahulu, Muhamad Muqharbb menawarkan wang tunai RM25,000 atau pakej umrah kepada atlet Malaysia yang berjaya meraih pingat emas pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button