JenayahNasional

Gangguan seksual: UM tidak telus?

PIHAK Universiti Malaya (UM) dipercayai bersikap tidak telus dalam melakukan siasatan dan mengambil tindakan berhubung kes gangguan seksual di kampusnya.

Universiti berkenaan didakwa tidak menjalankan tanggungjawab sepatutnya apabila mengumumkan sebagai universiti pertama menguatkuasakan garis panduan pencegahan isu tersebut.

Malah, insiden yang berlaku melibatkan seorang mahasiswa dan pensyarah itu juga menunjukkan kelemahan Unit Integritinya.

“Jika kita lihat kepada kes ini, sekadar mewujudkan proses (garis panduan pencegahan) yang komprehensif sahaja tidak cukup.

“Ketelusan dan tanggungjawab mesti wujud dalam kaedah mencegah kes gangguan seksual secara keseluruhan.”

BACA > Tahniah Utusan dan Kosmo! — Suara Merdeka

Demikian dakwa Lilian Kok daripada Komuniti Tindakan Semua Wanita yang mempersoalkan UM gagal mencegah masalah tersebut dalam kampusnya.

Memetik laporan Free Malaysia Today (FM) hari ini, Lilian berkata, walaupun UM sudah mempunyai Garis Panduan bagi Mencegah dan Mengendali Gangguan Seksual, hasil siasatan perlu didedahkan kepada kedua-dua pihak.

Dalam pada itu, beliau juga akan memastikan mangsa  boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap pelaku termasuk membuat tuntutan ganti rugi.

Ini kerana menurutnya, pihak universiti bertanggungjawab memastikan keselamatan terhadap mahsiswa dalam kampus terjamin.

Justeru, katanya lagi tidak perlu ada rasa takut dalam kalangan mahasiwa bagi membuat aduan terutama berkaitan masalah gangguan seksual.

GANGGUAN SEKSUAL
LILIAN KOK

“Kes yang dilaporkan itu menunjukkan masalah gangguan seksual adalah sesuatu yang serius dalam masyarakat.

BACA > Lantikan politik dalam GLC perlu patuh kriteria khusus — Suara Merdeka

“28 peratus masalah tersebut yang berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia melibatkan kes di sekolah dan universiti,” jelasnya.

Terdahulu, seorang mahasiswa tahun ketiga universiti itu membuat laporan polis terhadap tindakan daripada Unit Integriti UM berhubung aduan kes itu yang dibuatnya.

Laporan polis itu dibuat ekoran mahasiswa berkenaan tidak berpuas hati dengan maklum balas yang diberikan unit tersebut.

Mahasiswa tersebut sebelum itu membuat aduan selepas mendapat gangguan seksual daripada seorang pensyarah kanan di pejabatnya pada 3 Jun tanun lalu.

Bagaimanapun, Naib Canselor UM dalam satu kenyataannya memaklumkan siasatan sudah diambil dan tindakan dikenakan terhadap pensyarah berkenaan.

BACA > Endemik gangguan seksual dalam institusi kehakiman — Suara Merdeka

Menurut kenyataan itu, tindakan yang diambil adalah mengikut peraturan dan tatacara integriti universiti. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button