Fizo Omar ditawar RM25,000 lakukan hubungan intim
RM25,000 bagi hubungan intim satu malam. Itu jumlah yang ditawarkan kepada pelakon, Fizo Omar.
Tawaran itu didedahkan Fzo menerusi akaun Instagramnya dan menyifatkan mesej tersebut sebagai satu daripada taktik penipiuan atas talian (online scam).
“Saya pasti ni adalah penipuan dan ini bukanlah kali pertama saya dapat mesej sebegini di Instagram.
“Ada yang siap minta nombor akaun sebab nak pindahkan wang siap-siap sebelum jumpa depan-depan.
“Saya pun keliru apa sebenarnya yang mereka ini nak sebenarnya,” katanya di Instagram.
>BACA Rasa seperti dijemput Izrail
Jelas Fizo lagi, apa yang terjadi bukan dalam drama sahaja, tetapi juga terjadi di dunia nyata.
Fizo turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhat-hati dan tidak tertipu dengan sebarang bentuk penipuan.
Sementara itu, ruangan komen juga penuh dengan perkongsian berkenaan modus operasi penipuan yang menggunakan mesej di Instagram.
Selain tawaran untuk menjalinkan hubungan intim, tawaran untuk membeli wang lama juga antara modus operandi sindiket penipuan. -SM