Hiburan

Finas dapat Pengerusi baharu: Kamil Othman ganti Zurainah

PERBADANAN Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menerima Pengerusi baharu, Datuk Kamil Othman yang menggantikan Datuk Seri Zurainah Musa yang tamat tempoh perkhidmatannya pada Disember tahun lepas.

Pelantikan Kamil disahkan dan diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menerusi hantarannya di media sosial akaun Facebook (FB) milik beliau, hari ini.

Dalam hantarannya, Fahmi menyifatkan Kamil sebagai figura yang tidak asing lagi dalam industry kerana pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Finas.

“Tahniah buat Datuk Kamil Othman atas lantikan sebagai Pengerusi Finas yang baharu.

“Minggu depan saya atur pertemuan untuk berbincang beberapa perkara termasuk hala tuju Finas srta meneliti dapatan dan teguran laporan Ketua Audit Negara untuk penambahbaikan dan pembetulan,” kata Fahmi dalam catatannya.

Fahmi turut memakumkan pelantikan Pengerusi Skim Wajib Tayang Finas akan dibuat secepat mungkin.

Untuk rekod, sebelum ini Kamil pernah menyandang jawatan sebagai Penasihat Industri Kreatif Kementerian Komunikasi dan Multimedia dari Januari 2017 hingga Ogos 2018 dan sebagai Pengarah Finas, 2014 hingga 2016. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button