Hiburan

FB MASAK APA TAK JADI HARI INI OFFICIAL- 1 juta ahli dalam tempoh 6 hari

Pencapaian luar biasa

SIAPAKAH dalam kalangan pembaca SUARA MERDEKA menjadi ahli media sosial Facebook MASAK APA TAK JADI HARI INI OFFICIAL?

Inilah Facebook yang menjadi tular dan mempunyai hampir 1 juta ahli walaupun ia baharu sahaja diwujudkan. Dalam tempoh sehari, MASAK APA TAK JADI HARI INI OFFICIAL berjaya mencecah 500,000 ahli. Ini suatu pencapaian yang diluar jangkaan biarpun oleh pengasasnya yang dikenali dengan panggilan Kak Laila.

BAHARU SEBENTAR TADI, MASAK APA TAK JADI HARI INI OFFICIAL mencapai ahli 1 juta dalam tempoh enam hari. Tahniah! Satu pencapaian yang agak luar biasa.

Dalam tempoh 24 jam, lebih 500 orang masuk menjadi ahli.

Hiburan yang dipaparkan dalam MASAK APA TAK JADI HARI INI OFFICIAL mampu membuat sesiapa sahaja ketawa berdekah-dekah.

Kalau tak percaya, cuba masuk ke FB berkenaan namun untuk menjadi ahlinya, yang bertindak sebagai admin memberi beberapa syarat yang memang amat lojik untuk dipatuhi.

Ini jelas kerana MASAK APA TAK JADI HARI INI OFFICAL bukanlah platform yang diwujudkan untuk mengumpat (membawang), menghina, mengeji atau mengutuk sebaliknya untuk bergelak ketawa.

Tidak perlu dihiburkan dengan dendangan penyanyi popular ataupun lakonan slepstik kerana MASAK APA TAK JADI HARI INI OFFICAL ialah platform yang dikongsi oleh ahli-ahlinya yang memasak, buat kuih muih, buat roti tetapi tidak menjadi.

Pendek kata, lain yang dibuat, lain yang digambarkan dalam fikiran, lain pula kejadiannya. Memang lucu dan geli hati apatah lagi, ditambah dengan kapsyen yang kelakar.

Bahkan komen dalam bentuk emoji sama ada tanda like atau gelak, boleh sahaja ditambah dengan komen tetapi ingat, JANGAN KUTUK, HINA, KEJI.

Dan satu perkara lagi, Facebook MASAK APA TAK JADI HARI INI OFFICIAL tidak membenarkan pengiklan mengiklan produk atau perkhidmatan mereka.

Mungkin ada yang beranggapan, goreng telor adalah sesuatu yang mudah. Tetapi apabila telor yang digoreng itu kelihatan seperti jengkol atau jering dengan kulit-kulitnya sekali, ia memang melucukan.

Bahkan cubaan membuat apam turut dikongsikan tetapi bukan pembuat apam itu seorang professional dalam bidang masak memasak, tetapi amatur yang duduk di rumah dalam mengikut Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jangan terkejut jika ahli MASAK APA TAK JADI HARI INI OFFICIAL turut menjadi ikutan pakar masak dan artis tempatan.

Nyatalah dalam kita semua duduk di rumah dan patuh arahan PKP dalam usaha untuk memutuskan rantaian wabak COVID-19, Facebook MASAK APA TAK JADI HARI INI OFFICIAL berjaya memecahkan rasa buntu atau bosan terperuk di rumah. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button