Fazura nekad cerai, Fattah masih kekalkan kasih sayang keluarga
PELAKON dan usahawan Fazura, 41, mengambil keputusan untuk meneruskan proses penceraian dengan suaminya, Fattah Amin, demi menjaga maruah dan kesejahteraan anak mereka, Nur Fatima Aisyah, yang berusia 4 tahun.
Dalam satu hantaran di Instagram, Fazura meminta doa orang ramai untuk permudahkan proses penceraian tersebut.
Namun Fattah sebaliknya membalaskan entri melalui instagramnya menunjukkan rasa sayangnya terhadap Fazura dan anak mereka melalui respon terhadap hantaran tersebut.
Fattah hadir ke mahkamah dengan wajah sugul dan dilaporkan tidak setuju untuk melepaskan Fazura semasa sebutan kes permohonan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling. Mahkamah menangguhkan kes tersebut ke tarikh baru pada 7 Oktober.
Pihak pengurusan Fazura akan menyaman individu penyebar Fitnah terhadap kes rumah tangga mereka.
Pihak pengurusan Fazura juga mengumumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap lima individu yang didakwa memfitnahnya. Mereka menegaskan bahawa kenyataan yang dikeluarkan adalah tidak benar dan bersedia untuk bertindak melalui polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).
Peguam, Fakhrul Azman Abu Hassan berkata, anak guamnya tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Fattah sebelum ini berlaku curang, sebaliknya penceraian punca fail cerai adalah tidak seperfahaman antara mereka berdua.
”Sebenarnya Fazura dan Fattah memang tiada keluarkan apa-apa kenyataan berkenaan rumah tangga tetapi di media dan individu yang benyak bercakap jadi sebenarnya kita cuba nak selesaikan tanpa mengaitkan apa-apa pihak”, katanya ketika ditemui.
Rumah tangga Fazura dan Fattah menjadi perhatian di media sosial, terutamanya selepas mereka dilihat tidak lagi meninggalkan komen atau tanda suka di hantaran masing-masing.
Artikle Berkaitan:>
Tiada ‘u-turn’, Fazura nekad cerai alasan demi maruah, Fatima
Fazura nafi keluarkan kenyataan ‘mohon cerai secara baik’, pengurus mohon henti buat spikulasi