Hiburan

Fazura nafi keluarkan kenyataan ‘mohon cerai secara baik’, pengurus mohon henti buat spikulasi

Menurut kenyataan daripada pengurus Nur Fazura, Iman Tang, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pelakon tersebut mengenai permohonan cerai terhadap suaminya, Fattah Amin, yang dilaporkan berlaku pada Jumaat lalu.

Pengurus dan peguam Fazura menegaskan bahawa proses perceraian tersebut dijalankan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) perundangan negara, dan mereka tidak pernah berkongsi butiran lanjut atau tarikh prosiding kepada umum.

Iman Tang turut menyeru orang ramai agar menghentikan spekulasi mengenai kemelut rumah tangga pasangan selebriti itu untuk mengelakkan salah faham. Sebelum ini, terdapat laporan di media sosial mendakwa bahawa Fazura memohon untuk berpisah secara baik, dan tarikh sebutan kes penceraian pasangan tersebut dikatakan pada 25 September.

Fazura dan Fattah Amin berkahwin pada 27 November 2017, dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia empat tahun.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button