Hiburan

Fazura dapat hak penjagaan Fatima

PELAKON Fazura diberikan hak penjagaan ke atas anaknya Fatima Aisya sementara Fattah Amin diberi hak melawat tiga kali seminggu.

Mahkamah juga memberi  hak untuk Fatima bermalam dengan Fattah dua kali dalam sebulan.

Fattah dan Fazura hadir di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam bagi merekodkan persetujuan hak penjagaan anak perempuan yang baru berusia empat tahun itu.

Peguam Zulkifli Yong Azmi yang mewakili Fattah berkata,  persetujuan mengenai hak penjagaan anak telah pun dilakukan sewaktu proses perceraian awal Oktober lalu.

“Hak penjagaan dan lawatan telah pun dipersetujui sebelum ini dan telah direkodkan sebagai perintah mahkamah. Hak penjagaan Fatima diberikan kepada Nur Fazura selaku ibu, manakala Fattah mempunyai hak lawatan tiga kali seminggu dan hak bermalam bersama Fatima dua kali sebulan setiap hari Jumaat hingga Ahad,” katanya.

Zulkifli berkata, jika terdapat pelanggaran dalam perjanjian hadanah tersebut mereka berhak mulakan prosiding penghinaan mahkamah.

Sementara itu Fazura ketika ditemui selepas selesai urusan mahkamah berkata dia bersyukur segalanya telah selesai.

“Alhamdulillah. Saya tak ada apa-apa yang mahu diulas,” jawabnya ringkas.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button