Hiburan

Fattah Amin risau Fazura kuat bekerja

Pelakon popular, Fattah Amin mengungkap rasa risaunya selepas melihatkan isterinya, Nur Fazura masih bekerja walaupun sedang sarat mengandung.

Fattah berkata, semangat isterinya untuk terus aktif bekerja membuatkan dia sukar untuk menghalang kemahuan isterinya.

“Memang risau, tetapi apa yang boleh saya lakukan adalah untuk sentiasa bersama dengannya.

“Apatah lagi usia kandungannya sekarang sudah memasuki bulan ke enam,” katanya seperti dilaporkan Gempak.

Jelas Fattah, dia juga baru sahaja membeli barangan bayi sebagai persediaan menantikan kelahiran anak sulung.

“YA kami baru sahaja beli barang bayi, sambil-sambil nak bersedia ke hospital tu.

“Saya juga dah mula buat sedikit research, tanya-tanya keluarga mana yang patut,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya sama ada nama bayi sudah pun dipilih, Fattah mengambil keputusan untuk merahsiakan lagi perkara berkenaan. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button