Pendidikan

Fattah Amin ajak adik-adik SPM belajar tuisyen di PTTI

PELAKON terkenal Fattah Amin kini terjun ke dunia pendidikan melalui kolaborasi terbarunya dengan pusat tuisyen terkemuka, PTTI, dalam usaha menyokong pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kolaborasi ini bertujuan mengajak para pelajar untuk menyertai sesi percubaan PTTI secara percuma, memberikan mereka peluang memperbaiki prestasi akademik melalui pendekatan pembelajaran yang interaktif dan berkesan.

Menurut Fattah Amin, yang mempunyai pengaruh besar dalam kalangan golongan muda, ini adalah peluang untuknya menyumbang kepada komuniti dan membantu pelajar mencapai kecemerlangan.

“Sesi percubaan percuma ini adalah langkah penting untuk membantu pelajar mengenal pasti potensi sebenar mereka dalam akademik. Adik-adik yang baru habis ujian percubaan SPM tentu sedang risau, terutamanya apabila harapan ibu bapa sangat tinggi untuk SPM yang akan datang. Dua bulan sahaja lagi, apa yang boleh dilakukan sekarang?

“PTTI menyediakan program khas selama tiga bulan yang meliputi semua topik dan teknik menjawab soalan. Ramai pelajar cemerlang lahir dari PTTI, malah ada yang berjaya mengubah gred daripada G kepada A. Saya dan PTTI ingin memberi peluang sesi percubaan secara percuma ini kepada 1000 pelajar sahaja. Mereka hanya perlu DM akaun PTTI online, dan juga berpeluang memenangi sebuah kereta Axia,” katanya.

PTTI menawarkan pelbagai kursus dan modul pembelajaran yang direka khas untuk pelajar Tingkatan 4 dan 5, dengan sokongan tenaga pengajar berpengalaman. Sesi percubaan ini memberi gambaran jelas tentang bagaimana PTTI membimbing pelajar menuju kejayaan.

Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman, yang mesra disapa Cikgu Fana, turut menyatakan kegembiraannya atas kerjasama dengan Fattah Amin.

“Fattah bukan sahaja seorang selebriti yang dihormati, tetapi juga bersemangat dalam mendidik dan memberi inspirasi kepada generasi muda. Kami berharap lebih ramai pelajar akan memanfaatkan peluang ini untuk merasai sendiri pengalaman pembelajaran di PTTI,” katanya.

Pelajar dan ibu bapa yang berminat boleh mendaftar untuk sesi percubaan percuma melalui laman web rasmi PTTI atau menghubungi pihak pentadbiran untuk maklumat lanjut. Tempat adalah terhad dan pendaftaran akan ditutup setelah mencapai had peserta maksimum.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button