Lifestyle

Elrah Exclusive Didakwa Tiru Samping Warisan Keluarga Emran

SEHELAI kain samping yang dianggap sebagai warisan turun-temurun sejak tahun 1890 kini menjadi perdebatan hangat apabila pemilik asalnya, Emran Rijal, mendakwa reka bentuk tersebut telah ditiru tanpa kebenaran.

Perkara ini didedahkan oleh isterinya, pempengaruh terkenal Tyra Kamaruzzaman, menerusi hantaran di Instagram Story (IGs). Menurutnya, samping berkenaan bukan sekadar aksesori fesyen, tetapi memiliki nilai sejarah keluarga yang telah didaftarkan di bawah Akta Hak Cipta 1987. Bagi mengukuhkan dakwaan, Tyra turut berkongsi sijil pengesahan hak cipta reka bentuk tersebut.

Tuduhan itu kemudian dikaitkan dengan jenama baju Melayu terkenal, Elrah Exclusive, yang didakwa menghasilkan samping dengan reka bentuk sama. Emran Rijal dikatakan telah cuba menghubungi pemilik jenama tersebut, El Azman, bagi membincangkan isu ini, namun usahanya berlarutan selama beberapa bulan tanpa sebarang pertemuan rasmi.

Lebih mengecewakan, El Azman didakwa memberikan pelbagai alasan untuk mengelak, meskipun masih sempat bekerjasama dengan beberapa selebriti lain. Sebagai bukti, Emran turut memuat naik tangkap layar perbualannya dengan El Azman, membuktikan wujudnya komunikasi antara mereka mengenai isu ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button