Ekonomi

Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat penstrukturan semula ekonomi negara

Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat sebagai wadah mengangkat semula darjat dan martabat negara ini dengan menstruktur semula ekonomi ke arah Malaysia sebagai peneraju ekonomi di rantau Asia Tenggara.

Ini akhirnya akan memberi limpahan hasil kepada rakyat untuk menikmati kehidupan yang lebih bermutu.

Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, ia perihal mengangkat semula darjat dan martabat negara ini dengan dua tumpuan utama iaitu menstruktur semula ekonomi ke arah Malaysia sebagai peneraju ekonomi Asia dan akhirnya memberi limpahan hasil kepada rakyat untuk menikmati kehidupan yang lebih berkualiti, katanya.

Perdana Menteri Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat di Suruhanjaya Sekuriti, hari ini.

Hadir sama pada majlis tersebut, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Anwar berkata, Ekonomi Madani merupakan sebuah rencana menyeluruh dan teliti bagi menghadapi pelbagai tantangan saat ini mencakupi:

  • isu-isu jangka panjang terkait daya saing dan daya tarikan negara sebagai destinasi pelaburan
  • isu-isu semasa yang perlu segera ditangani seperti kenaikan kos sara hidup yang mengesankan rakyat. Beliau berkata, pelbagai ikhtiar telahpun mula dilaksanakan khususnya di bawah Belanjawan MADANI 2023.

“Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat akan menjadi induk kepada beberapa lagi dasar khusus yang akan diumumkan kelak.

“Antaranya termasuklah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12),” katanya.

Tambah beliau, Ekonomi MADANI menetapkan sasaran jangka pendek yang sudahpun digerakkan bagi menangani isu-isu segera yang mengesankan rakyat.

“Ini termasuklah menyegerakan pelaksanaan projek sekolah dan klinik daif,” ujarnya.

Katanya lagi, pelbagai usaha dilakukan seperti tambah peruntukan, mudahkan tatacara perolehan serta turunkan kuasa pelaksanaan bagi mempercepat pelaksanaan projek-projek sekolah dan klinik daif.

“Keduanya, Menoktahkan kemiskinan tegar tahun ini juga. Usaha telah digerakkan melalui Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) supaya isi rumah miskin tegar punyai peluang meningkatkan pendapatan mereka dan tidak hanya semata-mata menerima bantuan tunai langsung,” kata Perdana Menteri Anwar.

Dalam ucapannya, Perdana Menteri Anwar juga berkata, Konsep Payung RAHMAH turut diperkenalkan dan akan terus diperkukuh bagi menangani cabaran kos sara hidup.

“Payung RAHMAH diketahui sebagai cetusan idea Allahyarham saudara Salahuddin Ayub. Semua yang mengenali beliau amat terkesan sekali dengan pemergian tokoh hebat ini.

“Kerja keras dan kesungguhan beliau dalam menangani beban sara hidup rakyat akan menjadi pembakar semangat untuk kita semua melakukan yang terbaik untuk Malaysia tercinta,” katanya.

Menghurai lanjut, Ekonomi MADANI turut menetapkan tujuh penanda aras sebagai sasaran jangka sederhana yang mahu dicapai sebelum 10 tahun:

Pertama: Malaysia berada di kedudukan antara 30 ekonomi terbesar di dunia.

Kedua: Indeks Daya Saing Global di tangga ke-12 teratas dunia.

Ketiga: Peratusan pendapatan buruh mencapai 45% daripada jumlah keseluruhan pendapatan (nota: sasaran RMKe12 adalah 40% menjelang 2025). Keempat: Kadar penyertaan wanita dalam tenaga buruh mencapai 60%.

Kelima: Indeks Pembangunan Manusia di tangga 25 teratas dunia.

Keenam: Indeks Persepsi Rasuah di tangga 25 teratas dunia; dan Ketujuh: Kemampanan fiskal dengan defisit fiskal mencapai 3% atau lebih rendah. “Bagi mencapai hasrat ini, berikut merupakan ikhtiar serta kebijakan baharu yang bakal kita laksanakan,” kata Perdana Menteri, Anwar. – SM

BACA Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat penstrukturan semula ekonomi negara

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button