Politik

DUN Nenggiri bukti perubahan perlembagaan Bersatu berfungsi – Muhyiddin

Presiden Bersatu, Tan Sri  Muhyiddin Yassin berkata, keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan mengosongkan DUN Nenggiri milik parti itu bukti perubahan perlembagaan yang mereka lakukan berfungsi.

Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan hari mengisytiharkan kerusi DUN Nenggiridi wakili Azizi Abu Naim sebagai kosong.

Muhyiddin berkata, ia juga membuktikan bahawa perubahan kepada perlembagaan parti adalah teratur dan memenuhi tuntutan undang-undang.

“Keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan adalah selaras dengan enakmen negeri yang menyatakan kekosongan kerusi yang tidak dijangka berlaku apabila wakil rakyat tidak lagi menjadi ahli parti.

“Peruntukan ini adalah selaras dengan undang-undang antilompat di bawah Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan.

Muhyiddin, yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN), berkata, Bersatu dan sekutunya dalam PN bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil bagi kerusi Nenggiri sebaik Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh pengundian.

“Insya-Allah dengan sokongan rakyat, kita akan mencapai kemenangan,” katanya.

Speaker DUN Kelantan Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN itu kosong.

Azizi, yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, adalah antara enam Ahli Parlimen Bersatu yang berikrar menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan perpaduan.

Yang lain adalah Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) and Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Sementara itu Azizi berkata, beliau tidak terkejut dengan keputusan Amar dan bercadang untuk membawa keputusan speaker Kelantan itu ke mahkamah. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button