Hiburan

Dulu dituduh kikis duit isteri, sekarang dituduh musnahkan masa depan isteri

PENYANYI, Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad nampak tidak puas hati selepas dia didakwa memusnahkan kerjaya isterinya sebagai seorang doktor gigi.

Menurut Nubhan, dia tidak pernah memaksa isterinya untuk bekerja atau berhenti daripda kerjayanya.

“Sejak dia dapat tawaran dan diserap sebagai penjawat awam, saya serahkan sepenuhnya kepada dia unutk memilih. Alhamdulillah, keluarga adalah keutamaannya.

“Pendapat orang macam-macam, ada yang cakap masa depan isteri saya bakal musnahlah. Tapi tak fikir ke jika perkara sebaliknya akan berlaku. Kita tidak tahu sebab kita bukan tuhan,” katanya.

Menurut Nubhan, dulu sewaktu isterinya bekerja, dia dituduh mengikis duit isteri dan tanggungjawab keluarga ada padanya, dipersoalkan pula berkenaan masa depan isterinya.

Penyanyi lagu Oh Juwita itu berharap doa yang baik-baik buat dia dan keluarganya apatah lagi bila mempersoalkan berkenaan dengan rezeki Allah.

Semalam, isteri Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayat Ahmad Tawfek mendedahkan bahawa dia tidak lagi meneruskan kerjaya sebagai doktor gigi karana mahu memberi tumpuan kepada keluarga.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang mendakwa bahawa Afifah telah ditamatkan kontrak dan tidak mendapat tempat di mana-mana klinik kerajaan.

Menolak dakwaan tersebut, isteri penyanyi berkenaan terus berkongsi gambar surat sebagai bukti yang menyatakan dia telah ditawarkan jawatan secara tetap.

“Ramai yang cakap saya ni dah habis kontrak la, tak de tempat di klinik kerajaan la. Macam-macam andaian yang bukan-bukan orang cakap pasal saya. Salah ke nak berbakti untuk keluarga?

“Suami memberikan saya 100 peratus sokongan sama ada terima atau tolak. Tapi sebaliknya saya pilih keluarga dan saya ada perancangan saya sendiri,” jelasnya. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button