PENGERUSI Pejuang, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa beliau akan mempertahankan kerusi parlimen Langkawi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
“Bagaimanapun, saya bukan calon perdana menteri. Calon perdana menteri hanya akan relevan jika kita menang (pilihan raya umum),” katanya.
Bekas perdana menteri itu memenangi kerusi atas tiket Bersatu yang bergabung di bawah Pakatan Harapan semasa pilihan raya umum ke-14 pada 2018.
Pada sidang media, Mahathir juga berkata, gabungan Gerakan Tanah Air (GTA) masih belum berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS).
Oleh itu, parti komponen GTA yang lain akan bertanding di bawah Pejuang. – SM