Kesihatan

Dr Jue cadangkan kepada pesakit kronik kurangkan gula dan lakukan puasa 16 jam

PENGASAS Dr Jue Wellness, Dr Siti Juariah Kusni, 62, cadangkan kepada pesakit kronik untuk kurangkan gula dan lakukan puasa selama 16 jam bagi meningkatkan tahap kesihatan kepada individu yang sentiasa bergantung kepada ubat-ubatan.

Melalui pengalamannya sendiri Dr Jue pernah mengalami sakit kronik namun berjaya sembuh sepenuhnya melalui perubahan diet yang ketat sebelum menubuhkan pusat rawatan.

Selain itu beliau yang menamatkan pengajian dalam bidang kedoktoran di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1987 melihat ramai pesakitnya tidak sembuh malahan semakin bertambah komplikasi.

Dari situ, Dr Jue berazam untuk mengubah kesihatanya dan berkongsi tentang cara pemakanan kepada orang yang menghadapi sakit kronik.

‘’Dulu saya pelbagai penyakit kronik seperti gastrik, gerd, migrain dan last sekali pada 2019 saya di diagnos oleh seorang doktor saya ada Rheumatoid Arthritis di mana tangan saya bengkak, dalam masa yang saya belajar cara macam mana merawat penyakit dari akar umbi dari penyakit itu.

‘’Dalam masa yang suami saya juga mempunyai masalah sama, mempunyai diabetes, hypertension dan lain-lain jadi apa yang saya belajar saya amalkan serta saya cut sugar dan berpuasa penyakit saya semua hilang’’. Ujarnya.

Beliau juga sudah berpegalaman merawat pesakit dari tahun 2018 telah membantu lebih daripada 4,000 pesakit kronik untuk pulih melalui kaedah pemakanan sihat dan gaya seimbang.

Ustaz Wan Hamidi Wan Mat berkongsi tentang kaedah protokol yang disediakan oleh Dr Jue, sebelum ini beliau berhabisan setengah juta untuk merawat penyakit komplikasi diabetes, tserangan jantung, strok, masalah mata, serta kerosakan saraf pada kaki dan tangan.

“Saya mula menghidap diabetes disebabkan faktor genetik. Ayah, datuk dan nenek saya semua ada penyakit diabetes.

“Bertahun lamanya saya mengambil ubat, insulin, malah pernah menjalani pelbagai rawatan di hospital akibat komplikasi daripada penyakit yang dihidapi ini.

“Lebih teruk lagi saya hampir ditidurkan ketika terkena Covid-19 akibat komplikasi yang serius.

“Ketika mengalami serangan jantung, menjalani rawatan belon jantung, dan mengalami masalah mata yang memerlukan rawatan berulang kali, saya lihat tiada perubahan terhadap penyakit yang dialami,” katanya yang hampir berputus asa.

Namun begitu, selepas bertemu dengan Dr Siti Juariah Kusni, beliau kini tidak perlu bergantung dengan ubatan dan insulin.

“Segalanya berubah apabila saya bertemu dengan Dr Jue dari Jue Wellness. Walaupun pada awal saya ragu-ragu ketika beliau menyarankan agar saya berhenti mengambil insulin.

“Selepa melalui sesi kaunseling dan memahami bagaimana diabetes berlaku serta cara mengawalnya, saya mula mengikuti nasihat dan saranan beliau.

“Dr Jue mencadangkan saya mengikuti protokol kesihatan yang ketat, termasuk berpuasa, mengurangkan gula, mengelakkan protein haiwan, dan mengamalkan protein tumbuhan.

“Selain itu, saya juga disarankan mengamalkan kaedah memasak nasi dicampur minyak kelapa dara lalu menyimpan nasi dalam peti sejuk selama 12 jam sebelum dimakan,” katanya.

Wan Hamidi berkata, selepas mengikuti protokol berkenaan, beliau berhenti mengambil segala ubat dan insulin sepenuhnya.

“Bacaan gula darah saya yang dahulunya tinggi, kini berada pada tahap normal, malah doktor terkejut dengan perubahan ini,” katanya.

Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan rawatan alternatif D’Jue Wellness boleh hubungi 011-16329674 atau layari www.drjuemall.com.my

Artikle Berkaitan :>

Jenama kesihatan ‘UneedDis’ terdapat Lauric Acid mampu tingkatkan imunisasi

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button