Bola SepakSukan

Diogo Jota kritik sikap tidak peduli EA Sports

BINTANG Liverpool, Diogo Jota tidak berpuas hati dengan rating yang dimilikinya dalam FIFA 21, selepas EA Sports tidak menaik taraf statistiknya, musim ini.
Pemain antarabangsa Portugal itu yang kini beraksi bersama kelab Anfield selepas berpindah dari Wolves menerusi harga 41 juta pound (RM221 juta), musim panas lalu, telahpun meledakkan tujuh gol daripada 11 perlawanan, termasuk hatrik di Atalanta dalam saingan Liga Juara-Juara.
Jota juga mempamerkan persembahan cemerlang dalam aksi Liga Europa, musim lalu, dan berang terhadap permainan video popular itu yang masih meletakkan rating yang sama iaitu 80.
Perpindahan pada harga 41 juta pound ke Merseyside telah dilihat segelintir pihak sebagai harga yang terlalu mahal untuk pemain sokongan sepertinya dan Jota, 23, mendakwa EA Sports terkejut besar dia menyertai Reds.
“Saya rasa mereka memang terkejut besar apabila saya menyertai Liverpool. Mereka menyangkakan saya kekal di Wolverhampton dan selepas itu, mereka tidak pernah peduli untuk menaik taraf kad saya.
“Saya simpan data daripada musim lepas, dan meskipun menjadi salah seorang penjaring terbaik dalam Liga Europa, mereka tidak pernah pedulipun.
“Selagi mereka menghantar kad 99 kepada saya, yang mana setiap pemain profesional berhak mendapatkannya, saya gembira,” katanya kepada Einsteins TVI, seperti yang dilaporkan oleh O Jogo.
Jota menjaringkan 16 gol dan menyempurnakan enam bantuan untuk musim 2019/20, tetapi dia kini telahpun menjadi seorang pemain paling bernilai berjaya ditandatangani untuk pasukan juara Jurgen Klopp.
Pemain posisi hadapan itu telah meringankan beban yang terpaksa digalas tiga tonggak serangan Liverpool, Mohamed Salah, Roberto Firmino serta Sadio Mane dan Isnin lepas (waktu Malaysia), Klopp menurunkan keempat-empat mereka dalam kesebelasan utama di Manchester City. – Daily Mail – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button