Analisis

Di mana PMX semasa isu adendum Najib?

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyatakan bahawa Pakatan Harapan (PH) tidak terlibat dalam Himpunan Solidariti untuk Datuk Seri Najib Razak yang diadakan pada Isnin, 6 Januari 2025, di Istana Kehakiman, Putrajaya, tempoh hari.

Pada hari perhimpunan tersebut, Anwar tidak hadir di lokasi perhimpunan di Putrajaya dan tidak mengulas tentangnya. Sebaliknya, beliau menjalankan tugas rasmi sebagai Perdana Menteri di lokasi lain.

Anwar bijak menjawab komitmen beliau berkaitan orang Melayu dengan menekankan kepada mengangkat agenda bumiputera sebagai agenda nasional.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada 7 Januari 2025. – AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri

Mengikut hantaran ke Facebook, beliau mempengerusikan mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) Bilangan 1 Tahun 2025 telah membincangkan kertas-kertas terkait pemerkasaan syarikat Bumiputera dalam perolehan Kerajaan melalui Program mySTI dan halatuju pelaksanaan Wakaf MARA MADANI.

“Saya memberi penegasan dan cabaran kepada ketua-ketua Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) supaya memainkan peranan utama dalam mengemukakan cadangan-cadangan bernas serta mengerakkan prakarsa terkait pembangunan ekonomi Bumiputera,” katanya.

Sebagai platform tertinggi yang mengangkat agenda Bumiputera sebagai agenda nasional, MEB berperanan sebagai platform utama dalam memastikan segala perancangan yang direncanakan dalam Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) dapat dipantau keberkesanan pelaksanaannya.

Beliau juga menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Eksekutif Biocon Biologics Puan Kiran Mazumdar Shaw dan delegasi.

Biocon Biologics ialah syarikat global dengan keupayaan dalam pembangunan, pengilangan dan pengkomersilan biosimilar berkualiti tinggi.

Kewujudan syarikat ini di Malaysia telah melibatkan pelaburan berjumlah USD350 juta dan menyumbang kepada nilai eksport negara sebanyak USD560 juta.

Beliau bertukar pandangan terkait prakarsa dalam memajukan keupayaan bioteknologi tempatan yang turut melibatkan kepentingan pelabur-pelabur asing dalam melaksanakan peralihan teknologi dan peningkatan program latihan kepada bakat-bakat tempatan.

Dalam konteks ini, Biocon Biologics menyampaikan komitmen mereka untuk melaksanakan pengembangan perniagaan di Malaysia.

Dasar Kerajaan yang mesra pelabur serta petunjuk-petunjuk ekonomi negara yang positif telah mendorong keyakinan pelabur-pelabur kepada Malaysia hatta ini diselaras dengan matlamat jangka panjang terutamanya dalam kualiti pekerjaan dan produk negara.

Di samping beliau juga menjamu lauk-pauk tempatan, Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong dan delegasi Singapura dengan buah durian Musang King, selain kami menyaksikan persembahan kebudayaan Malaysia.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button