Sukan

Dhabitah mara ke final 3m papan anjal Olimpik Tokyo

PENERJUN negara, Nur Dhabitah Sabri membukti kecemerlangan denga pesaing bertaraf dunia apabila mara ke final acara 3 meter (m) papan anjal individu wanita Sukan Olimpik Tokyo 2020, esok.

Dhabitah, 22,  menghabiskan terjunan pada peringkat separuh akhir pada kedudukan keenam daripada 18 penerjun.

Dia mengumpul 312.60 mata selepas melengkapkan lima terjunan.

Kedudukan itu melayakkannya berada dalam kumpulan 12 penerjun lain mara di peringkat perebutan pingat.

Terjunan Dhabitah nyata lebih baik hari ini, apabila mengatasi markah 291.60 mata yang diperolehinya pada aksi kelayakan, semalam.

Pemenang pingat emas Rio 2016, Shi Tingmao dijangka mengekalkan kejuaraannya selepas mengungguli peringkat separuh akhir dengan mengumpul 371.47 mata. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button