Acara

”Darah kita tetap merah, kita hidup di atas tanah yang sama”- Pengasas Choco Albab

PENGASAS jenama makanan ringan, Choco Albab iaitu Said Saiful Fazli Said Aluwi mendedahkan kisahnya melalui filem pendek ‘’Kita Kan Sama’’ yang membawa mesej jati diri dan nilai persahabatan tanpa batas perbezaan kaum dan budaya.

Karya yang menyentuh hati ini mencerminkan semangat perpaduan dalam masyarakat dengan pelbagai kaum di Malaysia.

Bercerita lebih lanjut tentang filem ini, jelas Said Saiful walaupun warna kulitnya gelap namun ia tiada perbezaan dari rakan yang lain bagi dirinya darah yang mengalir di badan tetap bewarna merah di semua manusia dan bagaimana perbezaan budaya dan kaum sepatutnya menjadi kekuatan bukan halangan.

“Apa yang ingin saya tekankan, walau apa jua bangsa, darah kita tetap merah, kita hidup di atas tanah yang sama. Walau berbeza bahasa, namun kita boleh hidup harmoni. Ini adalah usaha kami untuk membawa perpaduan dalam kalangan masyarakat, bukan sekadar promosi produk semata-mata.

“Saya berharap dapat menyampaikan bahawa persahabatan dan kasih sayang adalah unsur yang paling penting dalam membina semangat perpaduan dalam membentuk negara yang bersatu padu. Filem pendek ini juga bertujuan untuk mengajak semua rakyat Malaysia merenung kembali nilai-nilai yang telah menyatukan kita semua selama ini,” katanya.

Pengarah filem ini, Shafieq Hashim, menekankan bahawa filem ini adalah usaha untuk memperlihatkan realiti kehidupan masyarakat Malaysia yang penuh warna-warni.  Melalui ‘Kita Kan Sama’,  filem pendek ini diharap dapat menyampaikan bahawa persahabatan dan kasih sayang adalah unsur yang paling penting dalam membina semangat perpaduan dalam membentuk negara yang bersatu padu.

Dari Kiri Said saiful fazli said aluwi Founder & ceo saudagaar asia sdn bhd Dan Datuk zafrul Rizal bin Mat Pengarah saudagaar asia

Filem pendek ini juga bertujuan untuk mengajak semua rakyat Malaysia merenung kembali nilai-nilai yang telah menyatukan kita semua selama ini.

 

Tayangan perdana yang berlangsung di Choco Albab HQ disambut meriah dengan barisan jemputan pengedar syarikat dan pihak media.

Filem ini dijangka akan menjadi perbualan hangat di kalangan masyarakat, dengan harapan boleh memberi impak positif terhadap hubungan antara kaum di Malaysia.

Choco Albab selaku penerbit utama, percaya bahawa filem ini bukan sekadar hiburan, tetapi satu usaha untuk mengukuhkan lagi perpaduan dan persefahaman dalam kalangan rakyat Malaysia.  Pihak syarikat berharap ‘Kita Kan Sama’ akan menyentuh hati setiap penonton dan mengingatkan kita semua tentang pentingnya menghargai perbezaan dan membina hubungan yang kukuh antara satu sama lain.

Untuk menonton Filem pendek ”Kita Kan Sama” boleh tekan link di sini :> https://www.youtube.com/watch?v=OdfDxFfKiDc

Artikle Berkaitan :>

Pemenang acara Precious Of Malaysia akan memperagakan rekaan budaya Malaysia di Paris

Pengacara TV tidak pandai siang ikan tampil jelaskan perkara sebenar

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button