Dalam masa 4 minggu serum jenama ‘Murad’ terbaru mampu mengembalikan keremajaan
Jenama terkenal kosmetik kecantikan Murad mengeluarkan produk penjagaan kulit muka khas untuk golongan yang sudah berumur dan ingin mengembalikan keremajaan.
Jenama yang dipercayai untuk merawat masalah kulit dengan produk yang selamat, terbukti secara klinikal cuba membantu, dengan memperkenalkan Retinal ReSculpt™Overnight Treatment.
Produk berkuasa yangmengangkat dan memperbaiki kulit kendur secara efektif menggunakan retinol, salah satu bentukVitamin A yang paling mujarab.
Malah kajian ini terbukti secara klinikal untuk menangani tanda-tanda utama penuaan dengan memulihkan leher yang kelihatan kendur dan produk ini membantu memulihkan serta meningkatkan keanjalan dengan menghaluskan kulit dari berkedut.
Menurut Pengarah Pendidikan Asia Pasifik Murad, Katy Bacon, penyerapan produk ini terhadap kulit 2.5 kali ganda dan pelbagai bahan yang baik untuk kulit muka sentiasa kelihatan anjal.
“Teknologi yang digunakan dalam produk ini disesuaikan oleh aplikasifarmaseutikal, yang membolehkan Retinal ReSculpt™Overnight Treatment memberikan kestabilanyang dipertingkatkan dan penghantaran yang disasarkan jauh ke dalam permukaan kulit.
“Bahkan, keberkesanan adalah 2.5 kali ganda berbanding dengan retinol bebas, namun ia masih bertindaklembut pada kulit,” katanya.
Selain itu serum rawatan kulit ini juga ditambah dengan ramuan‘next-generation’iaitu ekstrak bunga ‘Kangaroo Paw’ dan daun zaitun yang membantu meningkatkan keanjalan, kedutan halus dan menyokong daya tahan, dengan ekstrak oat dan alpha glucan yang membantu menambah seramida (lipid yang didapati secara semula jadi di lapisan kulit yang paling atas) untukmeningkatkan kelembapan dan memulihkan lapisan perlindungan kulit.
Hanya dalam tempoh dua minggu, penampilan kulit yang kendur, berkedut dan tidak sekata akan tampil lebih anjal, lembut dan halus, untuk memberikan kesan yang paling terbaik pengguna dinasihatkan mengunakan dalam tempoh empat minggu.
Serum ini sangat sesuai untuk kulit berminyak kering atau kombinasi, membuatkan kulit anda berasa lebih anjal, lembut dan lembap.