Nasional

COVID-19: Kerajaan Perlis umum status penularan COVID-19 Isnin

KANGAR, 14 Mac  — Kerajaan Perlis akan membuat pengumuman mengenai status terkini penularan jangkitan COVID-19 di negeri ini pada Isnin.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata segala maklumat mengenai penularan virus berkenaan akan diberitahu nanti.

“Apa sahaja info, saya akan maklum pada anda (media), Isnin ” katanya kepada pemberita namun enggan mengulas lanjut mengenai COVID-19 di Perlis.

BACA JUGA: Perlis ganti Solat Jumaat dengan Solat Zohor

Tular info grafik yang tersebar semalam menyaksikan Perlis mempunyai satu kes positif COVID-19.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan negeri, Teh Chai Ann ketika dihubungi berkata rakyat di negeri ini dinasihatkan agar tidak panik dan sentiasa mengamalkan kebersihan diri bagi mengelakkan jangkitan.

Teh berkata meskipun Perlis bersempadan dengan negara jiran, keadaan masih terkawal dan beliau meminta orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan penyebaran khabar angin.

“Saya merayu agar orang ramai tidak mudah panik bila mendengar (apa-apa yang) tular di laman sosial sebaliknya mengikuti maklumat terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihataan Malaysia (KKM) sahaja,” .

Katanya penyebaran berita dan maklumat tidak benar hanya akan menimbulkan kebimbangan masyarakat.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan negeri, Dr Sirajuddin Hashim berkata pesakit yang disahkan positif COVID-19 kini dilaporkan stabil dan sedang dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

— BERNAMA

BACA: Anggota PALAPES, Wataniah beragama Islam diingat bertakwa kepada Allah – Raja Muda Perlis

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button