Nasional
Covid-19: 125 kes baharu dicatatkan hari ini
MALAYSIA mencatatkan 125 lagi kes baharu positif covid-19 menjadikan keseluruhan 553 kes setakat ini.
Sebanyak 95 daripada 125 kes baharu itu berkaitan kes kluster perhimpunan ijtimak tabligh di Sri Petaling baru-baru ini.
Kementerian Kesihatan melalui hantaran di twitter memberitahu, setakat ini 511 kes di rawat di hospital.
Daripada jumlah itu sebanyak 12 kes di rawat di unit rawatan rapi (ICU).
Sementara 42 kes lagi telah sembuh. – SM