Politik

Kerajaan baru sedar penting akta berita palsu – Najib

DAHULU ketika kerajaan Barisan Nasional membentang akta bagi mengekang penyebaran berita palsu, pembangkang cukup menentangnya.

Penentangan itu terus dilakukan oleh Pakatan Harapan (PH) apabila memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Malah menerusi Dewan Rakyat, kerajaan berjaya memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 pada tahun lalu.

Bagaimanapun, selepas berhadapan dengan krisis penularan wabak Coronavirus yang bermula dari Wuhan, kerajaan seolah-olah terkena ‘pukulan’ daripada berita palsu.

[BACA ARTIKEL] Kit Siang percaya kerajaan PH boleh tangani penyebaran berita palsu – Suara Merdeka

[BACA ARTIKEL] Empat disiasat, disyaki sebar maklumat palsu Coronavirus — Suara Merdeka

Keadaan itu menyebabkan, kerajaan serta kementerian berkaitan terpaksa menerangkan berulang kali perkembangan terkini perkembangan wabak Coronavirus

Malah mereka juga terpaksa menafikan berkali-kali berita tidak benar berkenaan penularan Coronavirus di Malaysia.

Menurut bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tindakan denda atau penjara terhadap penyebar berita palsu disifatkan sebagai patah balik.

“Sekarang kerajaan PH beri amaran akan kenakan denda RM100,000 dan penjara setahun ke atas siapa yang sebar berita tidak benar.

“Dan apakah beza denda serta penjara dengan akta berita palsu BN lalu yang telah ditentang dan dimansuhkan PH?” soal Najib menerusi status yang dimuat naik dalam Facebooknya

Beliau berkata demikian mengulas tindakan kerajaan menyekat penyebaran berita tidak benar mengenai penularan Coronavirus dalam media sosial.

[BACA ARTIKEL] Coronavirus: Tiada kes di Pahang — Suara Merdeka

[BACA ARTIKEL] Berhati-hati coronavirus sah tular di Malaysia — Suara Merdeka

Manifesto palsu?

Tambah Najib, beliau turut menyindir kerajaan PH yang memenangi PRU-14 dengan cara mengelirukan rakyat menerusi manifesto yang masih lagi belum dapat ditunaikan.

“Nak tanya juga, selain berita, berapakah denda dan hukuman penjara yang akan dikenakan untuk mereka yang sebar manifesto palsu?

“Berapakah juga denda dan berapa tahun penjara yang dikenakan kepada mereka yang menggunakan sijil palsu untuk menjadi menteri PH?” sindirnya.

Terdahulu, 92 Ahli Parlimen menyokong pemansuhan Akta Antiberita Tidak Benar sekali lagi selepas usul tersebut ditolak Dewan Negara pada 2018.

Pemansuhan itu diluluskan Dewan Rakyat selepas dibahaskan 25 wakil rakyat kerajaan dan pembangkang. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button