CeoBatu turun padang bantu mangsa banjir
PENGGUNA TikTok yang terkenal dengan konten yang sering menunaikan permintaan pengikutnya sehingga sanggup merentas negeri.
Dikenali sebagai CeoBatu, anak jati Kedah sanggup turun ke Taman Sri Nanding, Hulu Langat bagi membantu mangsa banjir, hari ini
CeoBatu bekerjasama dengan Halo Telco mencuci rumah mangsa yang terjejas akibat banjir yang melanda pada 18 Disember lalu.
“Ini merupakan lokasi ketiga kami memberi bantuan mencuci rumah. Sebelum ini kami menolong mangsa banjir di Kuala Lumpur tetapi tidak ingat di kawasan mana.
“Kami datang tolong rumah yang kekurangan anggota untuk mencuci rumah bagi meringgankan beban keluarga tersebut.
“Alhamdulilah semua berjalan lancar dan semua bekerjasama membantu membersihkan kawasan yang terjejas termasuk mangsa.
“Saya doakan mangsa banjir dimurahkan rezeki dan tabah hadapi dugaan ini,” katanya.
Jelasnya, CeoBatu sudi membantu sesiapa saja yang memerlukan bantuan.
“Hampa seru kami sampai!” katanya.-SM