Cendol.Asia platform e-dagang kerjasama Alibaba Cloud, WhaleCloud, Fonixtree
Ashita Group, peneraju perniagaan-ke-perniagaan-ke-pengguna (B2B2C) dalam talian-ke-luar talian (O2O) terkemuka di Malaysia dan Asia Tenggara, telah secara rasminya melancarkan Cendol.Asia, platform perdagangan sosial 020 yang pertama seumpamanya.
Usaha inovatif yang dijayakan dengan kerjasama anak syarikat luar negara Alibaba Cloud, WhaleCloud International dan Fonixtree Digital Technology, menandakan satu pencapaian penting dalam evolusi eDagang yang menggabungkan pengalaman industri Ashita Group dengan kepakaran teknologi Alibaba Cloud.
Dengan lebih 5,000 peniaga berdaftar dan lebih 15,000 penjual semula di seluruh Malaysia, Ashita Group telah menerajui inovasi pasaran tempatan selama lebih 30 tahun.
Perkongsian antara Ashita Group dan Alibaba Cloud berasaskan visi bersama untuk meningkatkan landskap eDagang di Asia Tenggara.
Dengan memanfaatkan kepakaran eDagang bertaraf dunia Alibaba Cloud dan kehadiran pasaran Ashita, Cendol.Asia bersedia untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk perdagangan sosial di rantau ini.
Platform ini bersedia untuk merevolusikan rantaian bekalan global dengan menghubungkannya dengan pasaran Asia Tenggara dengan menawarkan rangkaian produk yang pelbagai kepada pengguna sambil melengkapkan peniaga dengan keperluan eDagang untuk meningkatkan jualan mereka.
Presiden Ashita Group, John Tan menghuraikan bahawa dengan menawarkan pelbagai jenis produk harian,
Cendol.Asia dapat merapatkan jurang perdagangan dalam dan luar talian untuk pengguna dan peniaga.
“Ini bukanlah sekadar pelancaran platform eDagang; dengan pengenalan platform terbaharu ini, kami dapat menyampaikan pengalaman membeli-belah perdagangan sosial yang menyepadukan pengalaman dalam dan luar talian.
“Kerjasama kami dengan WhaleCloud International dan Teknologi Digital Fonixtree dapat menyatukan cerapan pasaran tempatan dengan kepakaran eDagang bertaraf dunia.”
Nama Cendol.Asia, yang diilhamkan oleh pencuci mulut popular Asia Tenggara “cendol”, melambangkan cita-cita pertumbuhan serantau platform ini. Nama platform dalam Bahasa Cina dikenali sebagai “Qian Dai ‘ yang bermaksud “Poket Wang” , menekankan cadangan nilai unik platform dan struktur Shop-N-Earn yang direka khusus untuk pasaran e-dagang yang muda, berkembang pesat dan dinamik di Asia Tenggara.
Cendol.Asia membezakan dirinya dengan model “Earn-As-You-Shop” yang disokong oleh sistem proprietari Trio-Wallet. “Moneyback Wallet” membolehkan pengguna mendapatkan antara 100% – 200% daripada nilai pembelian mereka dalam bentuk “CenDuit” yang boleh ditebus untuk produk di platform yang
meningkatkan lagi kuasa pembelian pengguna.
Selain itu, “Income Wallet” dikaitkan dengan pendapatan perdagangan sosial yang dijana oleh pengguna Cendol yang membolehkan mereka menjana pendapatan sampingan melalui rujukan – satu ciri yang sangat menarik bagi pengguna Gen-Y dan Gen-Z. Dompet ketiga pula iaitu “Credit Power”, menyediakan kredit bersandarkan inventori untuk membantu peniaga perdagangan sosial mengatasi jurang dalam kuasa pembelian inventori mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif WhaleCloud International, Ben Chow, dan Ketua Pegawai Eksekutif Teknologi Digital Fonixtree, Li Hui, sama-sama menyatakan keterujaan mereka untuk pelancaran Cendol.Asia:
“Sebagai rakan kongsi strategik dan cabang luar negara Alibaba Cloud, kami teruja untuk menyokong
pertumbuhan pesat Cendol.Asia di seluruh Asia Tenggara yang dapat memanfaatkan sumber rantaian
bekalan luas dan rangkaian pasaran serantau Alibaba Group.”
“Cendol.Asia akan merapatkan jurang antara rangkaian produk bertaraf dunia dari China & Asia Timur dan
permintaan pengguna yang besar di Asia Tenggara dengan 600 juta pengguna dan peniaga perdagangan
sosial yang tidak terkira banyaknya. Dengan infrastruktur teknologi Alibaba Cloud dan sokongan rakan kongsi yang strategik, termasuk cabang fintech kami yang mempunyai lebih 300 juta pengguna aplikasi mini e-dompet yang aktif di Asia Tenggara, kami yakin dengan potensi Cendol.Asia untuk merevolusikan landskap perdagangan sosial di rantau ini.”
Ketua Pegawai Eksekutif Cendol.Asia, Eric Khor, berkata: “Cendol.Asia mewakili era baharu dalam perdagangan sosial yang menyatukan aktiviti pembelian, pendapatan dan komuniti. Sistem Trio-Wallet kami dan model ‘Earn-As-You-Shop’ telah direka khas untuk memperkasakan pengguna dan peniaga.
“Untuk masa yang akan datang, Cendol.Asia merancang untuk meningkatkan lagi pengalaman membeli- belah dengan melancarkan rangkaian kedai O2O yang membolehkan pelanggan melihat produk sebelum
membelinya dalam talian. ”
Untuk meraikan pelancarannya, Cendol.Asia menawarkan “CenDuit” bernilai RM150 kepada setiap pelanggan baharu yang boleh ditebus di seluruh platform. Ia kini boleh didapati di Google Play Store dan platform web H5 di Cendol.Asia (https://my.cendol.asia/). – SM