Ekonomi

Bursa Malaysia memulakan urus niaga dalam aliran rendah

Ringgit diniagakan rendah berbanding Dolar AS

Bursa Malaysia memulakan urus niaga dalam aliran rendah pada sesi awal dagangan hari ini. Pada jam 9 pagi hari ini, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kehilangan 12.92 mata, atau 0.81%, kepada 1,580.98 daripada 1,593.9 pada penutupan Khamis.

Indeks dibuka 8.73 mata lebih rendah pada 1,585.17.

Pergerakkan pasaran sedikit positif dengan kaunter untung mengatasi 227 hingga 211, sementara 227 kaunter tidak berubah, 1,523 tidak diniagakan dan 73 yang lain digantung.

Jumlah dagangan dicatatkan berjumlah 411.4 juta unit bernilai RM160.35 juta.

 

Sementra itu mata wang Ringgit diniagakan rendah pada RM4.1400 berbanding Dolar AS daripada 4.1380 yang dicatatkan pada petang Selasa.

 

Sementara itu, mata wang tempatan didagangkan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

 

Ringgit meningkat berbanding Dolar Singapura ke 3.1245 dari penutupan Khamis 3.1258 dan mengukuh berbanding Euro kepada 5.0429 dari 5.0450.

 

Mata wang juga direkodkan meningkat berbanding Yen Jepun kepada 3.7657dari 3.7890 tetapi lemah berbanding Pound Britain kepada 5.8755 dari 5.8424. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button