Ekonomi

Bursa Malaysia diramalkan kurang stabil minggu ini

Ringgit pula dijangka mendatar

Bursa Malaysia dijangka menyaksikan pergerakkan yang tidak stabil minggu ini.FBM KLCI diunjur didagangkan dalam julat 1,550 hingg 1,570 mata dengan menjurus trend kepada menurun. Ini kerana aktiviti perdagangan dijangka lengang atau perlahan kerana hari berurus niaga adalah lebih singkat minggu ini sempena sambutan Hari Wesak pada hari Rabu ini.

Walau bagaimanapun FBM KLCI pulih sedikit dari kerugian minggu lalu dengan dibuka lebih kukuh hari ini kesan dari pengumuman sektor perniagaan dan perkilangan dibenarkan beroperasi di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP) yang diperketatkan.

Pada 9.06 pagi, penanda aras FBM KLCI dibuka menokok 3.34 mata, atau 0.21% lebih kukuh, pada 1.565.51 berbanding daripada 1,562.17 pada penutupan Jumaat lalu. Indeks dibuka 1.61 mata lebih baik pada 1,563.78.

Kaunter untung mengatasi rugi 353 hingga 120, sementara 251 kaunter tidak berubah, 1,478 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung. Jumlah dagangan berjumlah 328.47 juta bernilai RM148.83 juta.

Manakala Ringgit pula dijangka berlegar antara 4.1200 hingga 4.1600 berbanding Dolar AS sepanjang minggu ini. Ringgit dibuka hampir mendatar berbanding Dolar AS hari ini kerana kekurangan berita merangsang pergerakkan pasaran menyebabkan kebanyakan pelabur mengambil sikap berhati-hati.

Pada jam 9.05 pagi, mata wang tempatan diperdagangkan pada 4.1390 berbanding Dolar AS dari penutupan Jumaat lalu pada 4.1390.

Sementara itu, mata wang tempatan diperdagangkan lebih tinggi berbanding mata wang utama yang lain.

Ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 3.1076 dari penutupan Jumaat lalu pada 3.1099, dan mengukuh berbanding Pound Britain kepada 5.8538 daripada 5.8832 sebelumnya.

Ringgit juga naik berbanding Euro kepada 5.0409 dari 5.0595 Jumaat lalu, dan meningkat berbanding Yen kepada 3.7983 dari 3.8074 pada penutupan Jumaat lalu. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button