Luar Negara

Budak lelaki 10 tahun terjatuh dalam lubang cerucuk disahkan meninggal dunia

Anggota penyelamat mengambil masa 100 jam untuk menyelamatkan mangsa

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang terjatuh ke dalam lubang cerucuk konkrit terbuka di sebuah tapak pembinaan di Hanoi pada malam Tahun Baharu disahkan telah meninggal dunia.

Anggota penyelamat berusaha keras hampir 100 jam untuk menyelamatkan mangsa, Ly Ho Nam yang terjatuh ke dalam cerucuk sepanjang 35 meter yang dibenam ke dalam tanah.

Bagaimanapun usaha keras itu gagal, lapor akhbar dalam talian VnExpress yang memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan.

“Pihak berkuasa mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dan kini berusaha mengeluarkan mayatnya untuk dikebumikan,” kata Timbalan Pengarah Wilayah Dong Thap, Doan Tan Buu.

Pada Selasa hari kejadian, Nam Bersama kawan-kawannya mencari besi buruk di tapak pembinaan berkenaan.

Dia terjatuh ke dalam lubang cerucuk terbuka itu dengan keluasan diameter 25 sentimeter dan terdengar jeritannya meminta tolong.

Terdahulu, Perdana Menteri Pham Minh Chinh dilaporkan menggesa anggota penyelamat dan pihak berkuasa tempatan supaya menggerakkan semua peralatan dan pasukan yang diperlukan dalam misi menyelamatkan mangsa. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button