Politik

BN mahu tanding disemua kerusi Parlimen di Perlis

BARISAN Nasional (BN) akan bertanding di semua kerusi Parlimen di Perlis  pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, parti itu akan bertanding di Kangar selain terus kekal di Arau dan Padang Besar.

Alasan bertanding di Kangar katanya, berdasarkan formula iaitu mana-mana parti di dalam gabungan yang mendapat undi kedua tertinggi dalam pilihan raya umum lalu bakal diberi laluan bertanding.

Katanya, pada pilihan raya umum 14 BN mendapat undi melebihi Pas manakala Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang bersama Pakatan Harapan (PH) sebelum ini tidak bertanding di kawasan tersebut.

“Keputusan kita, BN akan bertanding di Kangar, Arau dan Padang Besar. Di Kangar parti yang kalah namun memperoleh undian kedua tertinggi akan bertanding selain mengekalkan kerusi yang kita menang,” katanya hari ini.

Pada PRU14 BN menang di kerusi Arau dan Padang Besar manakala buat pertama kali tewas di Kangar yang dimenangi PKR.

Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pula, BN  10 daripada 15 kerusi DUN Perlis dan Pas hanya menang dua iaitu di Guar Sanji dan Sanglang.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button