Auto Travel

BFGoodrich Trail-Terrain T/A’ tiba untuk pasaran CUV, SUV, dan trak ringan berpacuan semua roda

BFGOODRICH telah melancarkan BFGoodrich Trail-Terrain T/A – iaitu tayar premium “on-road plus” dengan prestasi atas jalan raya yang cemerlang berserta keupayaan ringan untuk pemanduan di luar jalan raya untuk memperkukuhkan kedudukannya dalam pasaran rekreasi.

Selari dengan slogannya “Lives on the road, loves to get away”, BFGoodrich Trail-Terrain T/A dirumus dengan ciri ketahanan yang tinggi, sesuai dalam semua musim, dan dijuruterai untuk mengharungi pelbagai jenis cuaca dan kondisi jalan.

Pengarah Urusan MICHELIN Malaysia, Oliver Biggart menyatakan, “BFGoodrich Trail-Terrain T/A bersedia untuk melengkapi trend DIY dan pengembaraan para pemilik kenderaan utiliti lintas (CUV), kenderaan utiliti lasak (SUV), dan trak ringan berpacuan semua roda (AWD). Jenis-jenis kenderaan kembara ini dipilih kerana versatilitinya untuk membolehkan pengguna berhobi, mengangkut barangan, selain melakukan aktiviti rekreasi di luar.”

tayar premium “on-road plus” dengan prestasi atas jalan raya dan pemanduan di luar jalan raya yang lebih mantap.

“Disebabkan oleh pandemik, kami sedar bahawa ramai individu berharap dapat meluangkan lebih banyak masa di luar, dan ada yang mengalihkan fokus mereka ke atas kerja-kerja pembaikan rumah serta projek DIY misalnya. Oleh itu, mereka memerlukan kenderaan yang versatil untuk melaksanakan pelbagai jenis tugas. BFGoodrich Trail-Terrain T/A mengetengahkan aspek kebebasan dan versatiliti jentera CUV, SUV, dan trak ringan berpacuan semua roda, menjadikannya tayar yang sempurna dan yang tiba tepat pada waktunya,” sebut Biggart.

Berbekalkan prestasi atas jalan raya yang cemerlang berserta keupayaan yang tidak kurang hebatnya di luar jalan raya, BFGoodrich Trail-Terrain T/A membawakan 3 kelebihan utama:

Berketahanan tinggi (Built to Last) agar anda boleh merentas lebih jauh, ia disumbang oleh reka bentuk permukaan tayarnya yang dioptimumkan di mana Alur Mengunci 3D tayar ini membekalkan kestabilan blok bunga tayar yang tinggi untuk menjamin kehausan yang sekata – menjurus kepada hayat bunga tayar yang lebih panjang, di samping pemanduan yang lebih senyap dan menyelesakan. Tayar ini juga diliputi dengan waranti pengeluar bertempoh 6 tahun.

BFGoodrich Trail-Terrain T/A baharu dijurutera khusus untuk meneroka segala permukaan pemanduan.

Sesuai untuk semua keadaan (Equipped for All Conditions) oleh kerana tayar ini mampu mengharungi cuaca salji yang ekstrem, hadir dengan penarafan ‘three-peak mountain snowflake’ (3PMSF) yang masih dapat membekalkan cengkaman walaupun paras merkurinya telah lama menyusut, disumbang oleh Alur Mengunci 3D yang dijuruterai untuk membekalkan kuasa dan cengkaman luar basa sepanjang hayat tayar ini

Ianya dijurutera untuk meneroka (Engineered to Explore) kerana tayar ini berciri rintang serpihan dan kesan koyak yang berpotensi diakibatkan oleh pemanduan yang sesekali dibuat di atas jalan berbatu, berserta reka bentuk bahu bergerigi yang dioptimumkan untuk cengkaman tanah lembut dalam situasi kegunaan ringan di luar jalan raya tanpa mengkompromikan bunyi hingar jalan raya.

Kini disediakan di pusat-pusat pengedaran bertauliah MICHELIN yang terpilih di seluruh negara, BFGoodrich Trail-Terrain T/A baharu didatangkan dalam 41 saiz tayar (23 bertaraf-T, dan 18 bertaraf-H) yang mencakupi semua pemasangan peralatan original (OE) yang utama bagi CUV, SUV, serta trak ringan. Untuk maklumat lanjut, sila layari BFGoodrich. – SM

Kredit: EnjinDotCom

BFGoodrich Trail-Terrain T/A

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button