Nasionalpilihan

Berang dituduh curang, suami pukul dan tampar isteri

SEORANG lelaki ditahan polis selepas didapati memukul dan menampar isterinya sehingga menyebabkan kecederaan di sebuah rumah di Taman Kencana, Ampang pada pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 8.15 lelaki melibatkan lelaki ebrusia 51 tahun dan isterinya berusia 40 tahun.

“Pada pagi tersebut, berlaku pertengkaran antara mangsa yang bekerja sebagai juruteknik makmal dan suaminya yang tidak bekerja.

“Pertengkaran itu berpunca daripada mangsa yang telah mengesyaki suaminya mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain,” katanya.

Menurut Mohamad Farouk, akibat pertengkaran tersebut, suami mangsa telah bertindak menampar pipi kanan dan kiri mangsa, memukul kepala serta badan mangsa.

Jelasnya, selepas kejadian itu, mangsa terus keluar dari rumah dan hadir ke balai polis untuk membuat laporan.

“Pasangan ini sudah berkahwin selama enam tahun dan mempunyai dua orang anak perempuan berumu 3 tahun dan 2 bulan.

“Suami mangsa sudah tiga tahun tidak bekerja dan pasangan ini tinggal bersama ibu dan bapa mangsa.

“Mangsa telah membuat rawatan pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur dan mengalami kecederaan lebam pipi kiri dan kanan, luka pada ibu dan dalam dalam mulut,” katanya.

Ujarnya, suspek ditahan kira-kira pukul 3.10 petang pada hari sama di rumah tersebut.

Tambahnya, suspek kini ditahan reman sehingga 11 Ogos depan dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan/ Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button