BELUM ada majikan yang didakwa kerana tidak mematuhi gaji minimum baharu RM1,500 sebulan, persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata ini kerana gaji minimum baharu hanya dilaksanakan pada 1 Mei, dan gaji bagi Mei hanya diterima kebanyakan pekerja pada awal Jun.
“Sehingga 30 Jun 2022, tiada majikan didakwa kerana gagal mematuhi Perintah Gaji Minimum 2022.
“Statistik mereka yang gagal mematuhi belum boleh disediakan lagi kerana penguatkuasaan perintah ini hanya bermula pada 1 Mei lalu. Pematuhan hanya boleh dipastikan melalui semakan berkala.
“Penggantungan perintah ini hanya terpakai kepada majikan yang mempunyai kurang daripada lima orang. Ini bagi memberi mereka masa yang cukup untuk membuat persiapan yang diperlukan.”
Sehingga 30 Jun tahun ini, Saravanan berkata 20,452 majikan telah diperiksa dan 3,049 tempat kerja telah diperiksa.
“Jabatan Buruh akan menyiasat jika ada aduan dibuat,” katanya.
Beliau berkata Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia telah menerima sebanyak 157 aduan daripada pekerja mengenai gaji minimum.
Daripada jumlah itu, katanya, 118 majikan tidak mematuhi perintah gaji minimum.
“Sekiranya mereka gagal (mematuhi arahan), tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka,” katanya di Parlimen hari ini. -SM