Pembeli solar di Malaysia berpeluang untuk menerima penjimatan bayaran bil elektrik kepada Tenaga Nasional berhad (TNB) untuk jangka waktu yang sangat panjang.
Boleh dikatakan pelaburan pembelian solar pada ketika ini akan memberikan pulangan semula dalam tempoh 5 – 6 tahun bergantung kepada serapan tenaga matahari.
Dan penjimatan bayaran bil elektrik itu boleh dinikmati dalam tempoh yang sangat panjang dan sebagai pengguna, kita berjaya mendapatkan lebihan wang.
Bagi pertanyaan tentang harga, syarikat solar Malaysia, Gading Kencana Sdn. Bhd. memaklumkan terdapat dua harga yang cukup popular ketika.
Pertama adalah RM18,700 untuk 4kWp dan RM38,500 untuk 10kWp namun sebelum pembeliannya, pakar solar akan membuat semakan asas.
Dari situ pembeli akan mengetahui kediamannya sesuai untuk memakai solar dengan kapasiti yang mana untuk mendapatkan penjimatan berganda.